May 8, 2021

Salam Eidulfitri 1441H

Alhamdulillah, meskipun mengharungi Eidulfitri dalam suasana PKPB, namun ia amat istimewa untuk sesama dikenangi. Moga silaturrahim dan ukhuwah terus terjalin. COVID-19 datang membawa seribu rahmat di sebalik ancaman yang digeruni seluruh dunia.

Semoga kita sentiasa diberikan Allah kesihatan, keselamatan, panjang umur, murah rezeki dan dipertemukan lagi dengan Ramadan pada tahun hadapan. Moga pandemik COVID-19 segera berakhir.

Benarlah jika dikatakan raya tahun ini begitu istimewa. Juadah raya tidak kurang kalah juga, macam biasa sesuai dengan mood hari raya.

Sejak awal pagi lagi berkumpul di rumah untuk sama-sama bertakbir raya, diikuti dengan solat sunat aidil fitri dan bersalam bermaaf-maafan di kalangan ahli keluarga.

Mahu tak mahu, tahu tak tahu, kerana terpaksa semuanya di redah bersama. Sekurang-kurang sebulan terawih sebelum ini dapat menanamkan keyakinan bahawa ianya boleh dilakukan bersama serta mencipta sejarah bersama-sama.

Sejarah mendirikan sendiri solat eidulfitri, jadi imam solat eidul fitri, baca khutbah raya eidulfitri serta takbir beramai-ramai dalam rumah. Namun khutbah yang disediakan oleh pihak JAKIM agak menarik, ringkas serta mudah disampaikan dan difahami oleh semua.

Mungkin inilah juga yang dikatakan COVID-19 datang membawa seribu rahmat. Tidak dapat berziarah dan balik kampong, digantikan dengan bermaafan menerusi Video Conferencing, ucapan menerusi media sosial dan telefon.

Malah nak berziarah pun bimbang sebab dalam rumah sahaja sudah ada 13 orang, sedang had berkumpul adalah 20 orang. Memang agak janggal dan sekali-sekali rasa macam serba salah pulak. Bagi adik beradik terdekat, kiriman hamper sebelum raya menjadi pengganti diri dan keluarga di Putrajaya.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 460 - Today Page Visits: 1