Hari Keluarga Mak Limah 2016

Semasa mesyuarat, jenuh mencadangkan tempat Hari Keluarga Mak Limah 2016. Begitulah setiap kali nak menentukan lokasi. Jenuh survey sana sini, akhirnya Port Dickson yang terpilih. Memang nampak macam biasa, sebab Port Dickson terkenal dengan pantainya dan takkan nak mandi pantai memanjang.

Namun sebenarnya banyak pilihan aktiviti yang boleh dilakukan , termasuk untuk aktiviti berhari keluarga. Mak kami memilih untuk book satu resort yang lengkap dengan kolam mandi. Walaupun rupanya kecik sahaja kolam tersebut, namun ok lah juga untuk budak2 menghilangkan kebosanan.

Hari 1 : 28 September 2016

Bermula tengahari, masing-masing mula check-in. Keluar dari tol Plus-Port Dickson, kekira 30 minit sampailah ke resort yang dijanjikan. Siapa sampai dulu boleh book ikut kesesuaian bilangan ahli dengan keluasan bilik-billik.

Petang tu, budak-budak dengan aktiviti mandi kolam. Mamakal yang lain, sambal sembang-sembang, buat sedikit perhiasan serta dekorasi dan bersiap untuk barbeque malam nanti.

Ternyata banyak pembangunan di Port Dickson. Terdapat beberapa kawasan komersial baru tumbuh, termasuk bangunan hotel.

Sambil-sambil tu, ada pertandingan meneka bilangan kacang anjuran Kak Anis dan Deja. Payah juga nak menekanya. Nampak kreatif juga mereka berdua ni.

Sebelum maghrib dah mula persediaan barbeque. Sambil-sambil masak, solat berjemaah maghrib, tahlil dan solat isyak diteruskan mana yang berkesempatan.

Leps solat isyak, mula menjamah juadah mana yang telah sedia sebab ada yang masih dimasak atau di bakar.

Hari 2 : 29 September 2016

Sebagaimana biasa, hari kedua selalunya sibuk serta padat dengan jadual aktiviti. Sarapan beli bungkus sahaja. Banyak yang nak kena disinggahi hari ini.

Namun semasa sarapan ada majlis potong kek sempena hari jadi bagi mereka yang lahir Julai hingga Disember serta bergambar beramai-ramai.

PD Ostrich Farm

Lokasi pertama. Mungkin ada yang tidak pernah nampak ostrich atau burung unta secara ‘hidup’.

Di pertengahan jalan, pengunjung akan bertemu dengan Puteri Rajen, burung unta betina yang manja dan sentiasa sedia untuk berswafoto kerana ia bebas berkeliaran di luar kandang.

Ostrich adalah haiwan unik yang sangat sensitif. Ia suka dibelai, tetapi bertindak agresif jika berasa dirinya diganggu. Persekitaran yang kehijauan membuatkan penerokaan di ladang ini cukup mendamaikan. Cuma kena berhati-hati dan baunya juga agak kurang menyenangkan.

Selain mengenali dengan lebih dekat burung unta, berpeluang melihat sendiri dan berdiri di atas telur burung unta yang sememangnya cukup mengujakan.

Pengunjung boleh melihat serta mempelajari kehidupan spesis burung unta serta produk yang dapat dihasilkan dari burung unta seperti pakaian, alat kosmetik dan sebagainya.

Pengunjung juga boleh merasai pengalaman memberi makan serta menunggang burung unta. Selain bayar tiket, boleh beli makanan untuk dihulurkan sedagai makanan kepada butung unta.

Selain burung unta, ada juga binatang ‘peliharaan’ lain sepeti arnab yang begitu jinak, kambing dan ayam.

Muzium Tentera Darat

Kemudian singgah ke muzium yang dikatakan muzium tentera terbesar di Malaysia. Tengok keluasan kawasan, mungkin kita boleg bersetuju lagipun khususu mengenai sejarah tentera darat Malaysia termasuk sejak zaman penjajahan dahulu.

Kewujudannya sesuai dengan jolokan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat. Setiap pelosok mudah terlihat pasukan keselamatan kerana banyak kem berada di sekitarnya.

Kandungan Muzium Tentera Darat sebenarnya agak menarik, Ia wajar dikunjungi bukan hanya untuk mengenal sejarah, tetapi mengabadikan kenangan dan menghayati peranan muzium.

Muzium ini mempunyai pelbagai. Antaranya, sejarah lengkap tentera dari zaman Kesultanan Melayu Melaka, Galeri Portugis dan Belanda, Galeri British, Galeri Penubuhan Askar Melayu, Galeri Pra Kemerdekaan, Galeri Era Kemerdekaan dan Galeri Tentera Darat.

Yang menariknya terdapat terowong sepanjang 142meter yang dipenuhi dengan penceritaan Parti Komunis Malaya (PKM). Terdapat juga pelbagai bilik dan bahan pameran persenjataan yang antaranya pernah digunakan serta dirampas daripada PKM dahulu.

Keluar sahaja, menuju kepada jambatan gantung yang begitu mengujakan. Bising dengan telatah budak-budak yang ketakutan semasa meniti jambatan tersebut.

Di luar pula sistem audio pada jet pejuang membuatkan sesiapa saja cuba mengamati maklumat yang ingin disampaikan, selain muzium bertambah menarik dengan gerabak kereta api, kereta kebal, kereta api, kapal terbang dan kenderaan lama lain. 

Tidak cukup masa dua atau tiga jam kerana setiap sudut muzium begitu menarik, penuh butiran maklumat, sekali gus membuatkan orang ramai berminat berkunjung, kerana destinasi bersejarah tidak pernah membosankan. 

Kiranya muzium ini adalah destinasi bersejarah berbaloi dikunjungi apatah lagi jika anda membawa anak bersama berikutan pengunjung tidak dikenakan bayaran.

Rehat Tengahari

Sekarang masa untuk makan tengahari di tepi pantai, berdekatan spot yang agak istimewa di mana terdapat jambatan menyeberangi ke sebuah pulau.

Kemudian solat di Masjid Jamek Port Dickson sebab ia merupakan laluan ke arah destinasi seterusnya.

Alive 3D Art Gallery Port Dickson

Satu destinasi yang mengujakan dan menjadi cabaran bagi jurugambar walaupun dalamnya ada pelbagai jenis gambar dan terdapat paparan cara-cara bergambar di tunjukkan di setiap dinding atau lantai, untuk mendapatkan gambar yang berkualiti atau bermakna.

Agak beruntung sebab masa kunjungan kami, orang tidak berama ramai. Kumpulan kami sahaja. Makanan minuman tidak dibenarkan di bawa masuk dan kasut kena tinggalkan di loker. Untuk keselesaan, pakailah stoking.

Jadi lihat sahajalah sebahagian hasil rakaman gelagat ahli keluarga sepanjang dalam tempat ini. Banyak gambar lain, cukuplah setakat ini paparkan, selebihnya kena datang sini dan alami pengalaman di Alive 3D Art Gallery Port Dickson.

Bila sudah selesai bergambar puas sehingga ke tingkat 3, kita kena turun anak tangga dan akan melalui kawasan ini. Ada kedai cenderamata dan games sikit yang boleh anak-anak dan kita sertai, tapi ada dikenakan bayaran lain ya.

Pasar Malam Port Dickson

Habis mengunjunggi galeri, singgah pasar malam untuk membeli juadah masing-masing  bagi makan malam.

Memang best pasar malam ini sebab pelbagai juadah ada di jual di sini dengan harga yang berpatutan. Ia diadakan pada setiap sabtu bermula selepas asar sehingga malam. Orang selalunya ramai, masalah adalah nak cari tempat parking.

Malam tu hujan turun, memasing terperap dalam bilik masing-masing gamaknya. Takde nak sembang-sembang di luar, di kawasan lepak yang disediakan. Lagipun barangkali kekeletihan mengikuti aktiviti tadi

Hari 3 : 30 September 2016

Hari ini aktiviti pantai, sukaneka dan penyampaian hadiah. Sarapan yang ditempah khas itupun di makan tepi pantai dan makan itulah juga dimakan sepanjang di pantai sampai tengahari.

Kerika sampai, air masih pasang lagi. Orang pun tidak berapa ramai. Jadi dapatlah cariu port yang agak baik, di samping menyewa khemah untuk group kami.

Selain mandi-manda ada acara sukaneka yang melibatkan semua. Perhatikanlah sahaja gelagat mereka.

Ada permintaan istimewa, naik ‘banana boat’ kepada yang berani dan terhadap kepada 7 orang sahaja. Yang lain tu ambik berkat, numpang amik gambar je .. hehe.

Terlalu seronok, tidak sedar sudah menjelang tengahari. Bergegas balik untuk bersiap untuk check-out.

Sesambil itu diadakan majlis penyampaian hadiah kepada semua pemenang atas pelbagai pertandingan dan sukaneka yanag diadakan. Hadiah disampaikan sendiri oleh Bonda @ Nenek.

Akhirnya majlis diakhiri dengan acara bersalaman-salaman. Semoga lebih kurang semua berpuashati dengan penganjuran kali ini, ada kenangan untuk di bawa balik dan bersua semula dalam Hari Keluarga akan datang,

Please follow and like us:
Total Page Visits: 63 - Today Page Visits: 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *