MAHA 2016

Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) semakin berkembang. Keluasan pameran bertambah manakala bahan pameran juga bertambah. Ia sebenarnya menimbulkan masalah bagi pengunjung untuk berkunjung ke semua bahan pameran yang disediakan.

Sehari berkunjung tidak memungkinkan dapat singgah ke semua pameran. Malah untuk MAHA 2016 yang masih tetap diadakan di Taman Pameran Pertanian Malaysia ( MAEPS), dikatakan terbesar dalam sejarah penganjurannya dengan dianggarkan seramai 3.7 pengunjung !! Ia diadakan mulai pada 1 hingga 11 Disember 2016.

Bagi menarik golongan belia pada kali ini, pendekatan agrotainment seperti Kampung Mok Cun, Upin Ipin dan festival muzik diharapkan dapat memberi impak positif yang mungkin mereka selama ini tidak tahu mengenai MAHA.

Bertemakan ‘Makanan Kita, Masa Depan Kita’, dikatakan berjalandengan membabitkan 1,500 gerai pameran oleh oleh agensi kerajaan serta swasta dari dalam dan luar negara. Tema ini memberi gambaran betapa pentingnya pertanian untuk masa akan datang.

Namun tahun ini agak tertarik dengan lembu sado yang dipamerkan. Lembu tersebut dikatakan boleh mencapai 1,000 kg atau 1 tan. Lembu  sado ini dikatakan mempunyai kelebihannya tersendiri yang menghasilkan daging padat dan lebih banyak (berotot).

Dagingnya pula dikatakan lembut, manis, berwarna kemerahan-merahan dan kurang lemak putih serta tinggi protein.

Entah apa yang dia makan ? Dikatakan juga harga seekor boleh mencecah RM25,000 !! Kalau mahal-mahal, siapa yang nak beli atau makan.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 91 - Today Page Visits: 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *