Buku Parti Amanah Negara

Buku baru sampai order online untuk tatapan hujung minggu ini tulisan ex-Ketua Pengarang Akbar Harakah, Ahmad Lutfi Othman. Agak berat sikit kandungannya, but be pro bro. Benarkah PAN wujud oleh kumpulan professional dalam PAS dulu yang tidak setuju dengan cubaan kumpulan pro ulamak yang dikatakan cuba menjalin hubungan dengan UMNO yang sedang terpalit dengan pelbagai isu dan skandal, bagi membentuk Kerajaan Perpaduan.

Sebenarnya buku ini merupakan himpunan penulisan atau catatan beberapa penulis politik lain yang dikira pro terhadap PAN. Sekurang-kurangnya ia memberikan inspirasi serta kekuatan ke arah penubuhan PAN dan gambaran pendekatan yang akan menjadi modus operandi PAN. Namun terdapat juga tulisan satu bab yang merupakan pandangan penulis sendiri.

Selain mahu mengisi kekosongan wakil parti beraspirasikan Islam dalam Pakatan Rakyat, dengan berbekalkan konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’, PAN mahu dilihat sebagai sebagai parti Islam yang proaktif mempertahan dan memperkukuh jati diri dengan ideologi perjuangan serta mengolah cabaran kontemporari berteraskan Islam.

Pendekatan sederhana dan progresif mungkin indah pada kalimahnya tetapi bagaimana diterjemahkan khususnya dalam menarik sokongan rakyat, apatah lagi untuk PAN kekal relevan. Mungkin sekadar baca beberapa bab, yang lain sambung balik sekiranya PH kembali memerintah.

Alangkah bagusnya sekiranya ada dari kalangan PAS atau ahli akademik yang boleh mengulas atau menulis balas terhadap apa yang dipaparkan dalam buku ini. Apakah PAS sendiri ketandusan penulis yang setanding dengan Ahmad Lutfi Othman ?

Please follow and like us:
Total Page Visits: 272 - Today Page Visits: 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *