Beberapa Kematian Jun 2020

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan pandemik COVID-19 meninggalkan kesan yang begitu mendalam apabila beberapa kenalan dan saudara terdekat meninggal dunia dan berada dalam situasi bagaimana hendak melawat serta memberikan penghormatan terakhir kepada mereka. Ternyata kemastian semakin hampir.

Syed Zakaria Syed Mohamad ( 6 Jun )

Mengenali sejak tingkat satu lantaran kami bersekolah di Sekolah menengah yang sama iaitu Sekolah Menengah Sains Johor ( SMS Johor), Kluang. Walaupun bukan satu kelas, namun batch yang sama dan agak rapat juga perhubungan. Teringat masa Tingkatan 3 rasanya, kami sama2 berjalan kaki dari sekolah ke seminar teknik menjawab peperiksaan ke sekolah berhampiran.

Sebaik diketemukan semula selepas sekolah dan memasukki alam pekerjaan, sering juga bertemu dalam mana-mana majlis yang menghimpukan kami batch yang mengambil peperiksaan SPM 1980 di SMS Johor ( SAJOHA80 ).

Ini termasuklah majlis perkahwinan dan reunion. Arwah sering tidak miss dalam majlis2 berkenaan sehinggalah beberapa tahun kebelakang lantaran menjalani rawatan demodialisis beberapa kali dalam seminggu.

Memang terkilan sangat-sangat lantaran tidak dapat hadir memberikan penghormatan kepadanya. Beberapa rakan yang cuba hadir, ternyata tidak bernasib baik juga walaupun untuk solat jenazah.

Tuan Haji Azmi bin Abdul Hamid ( 7 Jun )

Semalam tidak dapat ziarah kematian Syed Zakaria. Kini jiran selang beberapa rumah meninggal, takkan tidak hadir memberikan penghormatan terakhirnya kepadanya. Walaupun mungkin tidak berapa rapat, sering bertemu pun apabila sama-sama hadir berjemaah di Surau Al-Manar.

Allahyarham Tn Hj Azmi bin Abdul Hamid merupakan Timbalan Pengarah Dasar Dan Perancangan Strategik, Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Luar Bandar meninggal dunia di Hospital Putrajaya setelah menderita beberapa lama akibat sakit buah pinggang.

Jenazahnya terus diuruskan oleh pihak hospital dan dibawa terus ke Tanah Perkuburan Islam Presint 20 Putrajaya untuk solat jenazah dan disemadikan di sana. Merasalah juga solat jenazah dengan SOP PKPnya.

Maulana @ Tn Hj Zulkifli Khalid ( 10 Jun )

Terkejut apabila baru mendapat tahu menerusi FB, Maulana @ Tn Hj Zulkiflie telah meninggal dunia pada 10hb Jun 2020 lalu. Tentu terkilan sebab tidak dapat memberikan penghormatan terakhir buatnya. Mengenali arwah awal 2000-an, sejak awal2 tinggal di Saujana Utama.

Arwah banyak membantu dalam mengimarahkan Surau al-Hidayah yang ketika itu masih menumpang di rumah yang dijadikan surau sementara dengan bacaan hadis2 tazkirah ringkas selepas solat, sebagai salah satu usaha dakwah beliau serta rakan2 jemaah tablighnya.

Mengenali arwah sebagai seorang yang baik, humorous, pemurah, ringan tangan, friendly dan istiqamah berjemaah di surau. Pada usia yang ‘masih muda’ pemergiannya memang mengejutkan. Semoga Allah mengampuni dosanya, diterima amal kebajikannya dan dicucuri rahmat ke atas rohnya. Semoga Allah juga memberikan kekuatan ke atas keluarga beliau. Al-Fatehah …

Rasanya kali terakhir bertemu arwah ialah pada 4 September 2015 sekurang-kurangnya kali terakhir bergambar. Itulah kenangan keberangkatan arwah untuk menunaikan haji di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Semoga arwah dikurniakan haji yang mabrur.

Wak Khalid @ Mohd Khalid bin Marzuki ( 17 Jun )

Semasa dapat pulang beraya merentasi negeri, keinginan kuat hendak menziarahinya di hospital. Namun tidak dibenarkan oleh pihak hospital. Kesihatan Wak Khalid kelihatan merosot sedikit demi sedikit sejak kematian isterinya Disember 2018.

Kali terakhir bertemu adalah Ketika majis khatam al-Quran dua cucu beliau yang juga anak sedaraku pada 21 Disember 2019. Masa itupun sudah berjalan dengan menggunakan tongkat.

Tn Hj Ismail Sohot ( 22 Jun )

Dukacita apabila dimaklumkan sorang lagi ahli jemaah tegar Surau Al-Syakirin SMK Presint 14(1) iaitu Tn Hj Ismail Sohot, telah meninggal dunia awal pagi Isnin, 22Jun 2020 di Institut Kanser Negara.

Beliau yang baru sahaja bersara sebagai Pegawai Keselamatan Kanan Kementerian Kesihatan Malaysia, sering berjemaah serta mengikuti aktiviti Surau Al-Syakirin.

Malah sejak beberapa tahun belakang, beliau mewakili Surau Al-Syakirn dalam kejohanan ping-pong anjuran Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Salam ta’aziah buat semua keluarga arwah yang disebutkan di atas. Semoga Allah mengampuni dosa arwah, diterima amal kebajikan dan dicucuri rahmat ke atas rohnya.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 118 - Today Page Visits: 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *