Selamat Tinggal & Terima Kasih Mama

Setelah bertarung dengan ujian kesihatan dari Allah s.w.t, akhirnya ibu sedaraku, Hjh Sa’adiah Hj Kasmuri @ Mama menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat pada hari Jumaat 26 Jun 2020, kekira 9.50malam. Dari raut wajah yang sempat ditatap sebelum pengebumian, terpancar akan ketenangan. Sejuk memandangnya.

Teringat masa ziarah ketika sikit2 dulu, selalu Mama minta doakan perolehi ‘husnul khotimah’ atau pengakhiran hidup yang baik. Semoga Mama perolehi keredhaan Allah dan kita juga redha dengan ketentuan Allah. Jika ikut surat mati, sebab kematian ialah urosepsis.

Masa kecik2 sehingga sekolah rendah selalu juga berkunjung ke rumah kuaters Mama yang terletak berdekatan dengan Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.  Masa tu berpeluang menjelajahi tempat-tempat menarik di Johor Bahru. Tempat itu rasanya telah didirikan dengan Dewan Pusat Islam Iskandar Johor.

Namun kurang berkunjung selepas mula bersekolah menengah. Ada juga sekali sekali masa tinggal di rumah kuaters sebelah Masjid Jamek Batu Pahat.

Ketika dewasa pun bertemu masa ada kenduri kendara atau hari raya. Namun yang kekadang menjadi ‘halangan’ untuk singgah, bimbang menyusahkan kerana selalunya ‘kena tahan’, tunggu beliau masak sesuatu sebagai hidangan untuk tetamunya..

Mungkin sudah ditakdirkan, jenazah Mama dapat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permai Batu Pahat, betul-betul bersebelahan arwah Paklong ku yang juga suami Mama, Hj. Jaafar Dayat yang telah meninggal dunia pada 26 Mac 2014. Ia juga dikatakan hajat Mama semasa hidupnya.

Teringat juga apabila Mama seolah-olah ‘mentertawakan’ aku kerana nak berkahwin ketika usia yang dikatakan masih muda dan masih belajar lagi. Apapun itu ku anggap betapa kasih sayang dan keprihatinan Mama terhadap anak2 sedaranya.

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa Mama, diterima amal kebajikan serta menempakan arwah Mama disisi para solehin dan dicucuri rahmat Allah s.w.t ke atas rohnya. Selamat tinggal dan terima kasih Mama atas segalanya.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 283 - Today Page Visits: 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *