Selamat Bersara Dato’ Dr. KSU KPM

Mula mengenali Dato’ Mohd Gazali Abas sebaik menyertai Kementerian Sumber Manusia (KSM), pada Disember 2015 sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Maklumat (CIO).

Pesanan beliau, Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) kena bantu beliau berperanan sebagai CIO. Feb 2017, beliau menjadi Pengarah INTAN dan kemudian kembali semula ke KSM sebagai Ketua Setiausaha (KSU) pada Oktober 2017.

Namun sekejap sahaja sebelum bertukar pula ke KPM. Terserempak kat kafetaria on my first day di tukarkan ke KPM, terkejut dia, ‘kenapa berada di sini ?’.

Memang seronok kerja dengan beliau walaupun kekadang terpaksa meeting sampai malam2. Mungkin sebab to handle keseluruhan kementerian yang digabungkan, iaitu KPM dan Kementerian Pengajian Tinggi. Kami yang di BPM pun dah terasa luas yang skop yang hendak dicover, dari pra-sekolah sampai universiti.

Dalam kunjungan rombongan BPM KPM ke bilik beliau on his last day perkhidmatannya, beliau berpesan agar dalam berhadapan dengan Pendidikan Digital, BPM kena work-close-together dengan Bahagian Sumber Teknologi Pendidikan KPM.

Selamat Bersara Dato’. Terima kasih atas teguran, tuju ajar, panduan dan dorongan semangat yang diberikan. Terima kasih juga atas sumbangan dan khidmat bakti selama 34 sebagai penjawat awam.

Semoga diterima Allah sebagai ibadah dan amal jariah. Semoga dikurniakan kesihatan, kedamaian dan dipermudahkanNya segala urusan selepas ini,

Gambar-gambar berikut adalah antara kenangan yang sempat diperolehi semasa berada di Kementerian Sumber Manusia.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 334 - Today Page Visits: 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *