Cameron Highlands Selepas PKP

Nak rehat-rehat minda kononnya, lari dari kedamaian Putrajaya naik ke Cameron Highlands sebaik mendapat pelepasan PKPP. Keterujaan hampir diragut dengan kesesakan kenderaan yang luar biasa ketika tiba, hingga hampir nak patah balik dibuatnya.

Agaknya ini destinasi ‘paling hot’ selepas PKP, sehingga tak terasa sejuk pun ketika ini. Namun masih terdapat tarikan yang masih ‘closed’ dan strowberi pun tak banyak. Kesan PKP juga agaknya.

Restoran Taman Apple Cameron (TAC)

Sampai terus singgah sarapan di Restoran Taman Apple Cameron (TAC),  sebuah restoran yang terletak di pekan Tanah Rata Cameron Highlands yang dahulunya di kenali sebagai Restoran Taman Abang.

Menu yang dikatakan menjadi pilihan utama di restoran ini adalah Nasi Lemak Strawberry. Malah diviralkan sebagai menu wajib jika berkunjung ke Cameron Highlands.

Namun ianya tidaklah seperti digambarkan. Servis lambat dan tidak dapat pulak sebagaimana yang dipesan. Order tea O, yang dapatnya O sahaja ( air kosong ). Sudah lama tunggu dengan kelaparan, belasah ajelah. Entah sistem apalah yang dibuatnya.

Century Pine Resort

Pertama kali mengiinap di sini, ambik bilik family yang terletak di tingkat atas sekali. Agak klasik, spesial dan kelihatan mewah.

Terasa tenang dan ‘cool’ memandang persekitaran lobi serta apabila masuk ke bilik yang ditempah secara on-line. Hilang rasa ‘marah’ sebab kesesakan jalanraya tadi.

Bilik juga kelihatan luas, bersih dan kelihatan menenangkan dengan kemasan kayu. Suasana yang menjadikan kita terasa ‘relax’.

Kedudukannya juga berdekatan dengan kedai2, masjid serta taman permainan. Kecuali masjid, boleh sahaja ronda-ronda dengan berjalan kaki.

Taman Sedia

Selapas makan tengahari, singgah di Taman Sedia untuk mendapatkan makanan berasaskan strawberi. Masih terdapat pengusaha strawberi yang belum dibuka.

Agak ramai pengunjung sehingga jalanpun jadi susah. Rupanya tidak banyak buah strawberi. Di luar musim ketika ini ? Jika ada pun, tidak juga dibuka untuk memetik stramberi.

Namun dapat juga masuk melihat pokok-pokok strawberi dalam habitatnya di beberapa ladang pengusaha seperti Mashoor , KHM dan YZ Agro Farm. Di KHM, singgah pekena pencuci mulutnya juga yang dikatakan viral seperti scone dan aiskrim.

Strawberi Sebagai Ikon

Malaysian agaknya bernasib baik kerana tidak perlu ke luar negara lantaran masih dapat menikmati strawberry di Cameron Highlands. Dengan cuaca sejuk, suhu rendah 10 hingga 25 C dan ketinggian tanah lebih daripada 1,500 meter, menjadikan ia sesuai untuk diusahakan dengan tanaman strawberry.

Walaupun dikatakan musimnya pada May hingga Ogos, namun dikatakan kini boleh didapati sepanjang tahun kerana tanaman secara hidroponik.

Ini menjadkan strawberry sebagai ikon Cameron Highlands sehingga menghasilkan pelbagai produk berkaitan dalam pemakanan, cenderahati dan pelancongan.

Siapa yang memula menanam strawberry di Cameron Highlands ? Apakah hasil strawberry memenuhi keperluan negara ? Ok, next trip kita kaji !!

Kea Farm

Sebab tidak dapat membeli strawberi fresh dalam kuantiti yang banyak, nampaknya Kea Farm menjadi harapan terakhir, walaupun terpaksa bersesak atas jalanraya untuk ke sana.

Pasar Kea Farm ini terletak tidak jauh dari pekan Brinchang dan lokasinya juga hanya lebih kurang 2-3km dari Tringkap. Destinasi ini merupakan pasar yang menjual pelbagai barangan tempatan seperti buah strawberi, oren, jagung mutiara, sayur kobis, produk jem, teh dalam aneka perisa, pokok bunga dan bermacam-macam lagi yang diniagakan oleh kebanyakannya para pekebun dan petani sendiri.

Nampak ada banyak perubahan Kea Farm kali ini. Selain tambahan kawasan baru dengan lot parking yang banyak, sebahagian geraj jualan pula ditutup. Apakah sebab dibimbangi dengan tanah runtuh apabila melihat akan kesan-kesan tersebut semasa berada di sana ?

Terdapat juga penginapan berkonsepkan baharu, yang agaknya baru dibuka. Kelihatan agak unik sedikit resort ini, selera orang muda kot.

Cameron Valley Tea House 1

Dalam perjalan balik dan turun melalui Tapah, singgah ngeteh di Cameron Valley Tea House Tea sebagai tanda Selamat Tinggal Cameron Highlands, sambil menyaksikan pemandangan indah kawasan ladang.

Di sini juga ada tempat untuk pelancong membeli aneka teh yang pelbagai rasa serta mempunyai kemudahan parking kereta yang agak terhad serta menjadi penyumbang kepada kesesakan jalanraya. Melawat ladang teh dulunya percuma kini kena bayar RM3 untuk masuk dan RM15 untuk masuk menaikki buggy sehingga sampai ke kawasan lembah.

Bercadang hendak masuk dan menaikki buggy yang disediakan, namun perkhidmatan dihentikan ketika sampai sebab dikatakan telah melebihi bilangan trip hariannya.

Panjang umur jumpa lagi.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 337 - Today Page Visits: 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *