Kuliah Live Selepas PKP

Back to business, Kuliah Suboh pertama setelah sekian lama cuti disebabkan PKP. Kembali juga membuat live FB untuk FB Rasmi Surau Al-Manar. Bimbang juga pada mulanya, kot ada step yangtertinggal, maklumlah telah lama ditinggalkan.

Imam Ustaz Zainuddin dalam kuliahnya menekankan bahawa kehadiran COVID-19 adalah suatu ujian yang disebaliknya memberikan kebaikan serta nikmat yang tersembunyi yang mungkin tidak pernah terlintas dalam hidup kita untuk mengalami pandemik sebegini.

Malah ada juga yang mengatakan ianya berlaku setiap 100 tahun sekali. Apapun tempoh waktu kitarannya, banyakkanlah bersabar dan beristighfar sebagaimana disarankan dalam banyak hadis dan ayat Al-Quran.

Antaranya, Daripada ‘Aishah r.ha yang merupakan isteri Nabi s.a.w, beliau berkata: “Aku bertanya Rasulullah s.a.w mengenai (penyakit) taun. Baginda memberitahu kepadaku: “Sesungguhnya ia merupakan azab yang Allah s.w.t hantar kepada sesiapa yang DIA kehendaki. Sesungguhnya Allah s.w.t menjadikannya rahmat kepada orang-orang yang beriman. Tiada seorang pun yang berlaku taun (di tempatnya), lalu dia kekal berada di tempatnya ( rumahnya ) dalam keadaan sabar serta mengharapkan (pahala atau kesembuhan dari Allah s.w.t) dengan dia percaya bahawa tidak menimpanya melainkan apa yang Allah s.w.t tetapkan untuknya, maka baginya seperti pahala seorang syahid”. (H.R Bukhari & Muslim )

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Sehingga aku berkata (kepada mereka); Pohonlah keampunan kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantar hujan lebat mencurah-curah kepada kamu, Dan Dia akan memberikan kamu harta yang banyak berserta anak pinak dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).” (Surah Nuh, ayat 10-12)

Dalam kuliah tersebu ustaz turut menyatakan beberapa yang tidak benar mengenai Corona virus iaitu  beberapa kenyataan media sosial yang menyeleweng tentang ayat Al-Quran yang dikatakan menyebut istilah ini. Antaranya, kononnya surah 33 ayat 33 yang dimulai dengan kalimah وقرن waqarna itulah corona virus sedangkan ianya tidak punya hubungan pun.

Untuk mengfikuti rakaman penoh kuliah yang disampaikan, sila klik di sini.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 140 - Today Page Visits: 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *