Langkawi Pasca PKP

Tetiba diberikan peluang ke Langkawi lagi. Cuma kali ini selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan COVID19 yang masih belum reda. Ada SOP tertentu yang masih berkuatkuasa.

Suasana KLIA2 berlainan sungguh dari biasa. Tidak ramai orang berkeliaran, kedai2 pun tidak banyak beroperasi. Sama ada telah tutup terus atau masih ‘bercuti’. Mungkin disebabkan penerbangan sekarang masih lagi penerbangan domestik.

Beria2 benar Air Asia beri peringatan supaya datang check-in 3 jam awal bagi mengelakkan sebarang kelewatan disebabkan prosedur2 tertentu. Sesampai kaunter, lengang saja. Dalam flight macam biasa duduknya, takde istilah penjarakan. Tetapi semua kena pakai mask dan check suhu.

Kali ini menginap di Pelangi Resort & SPA lagi. Kiranya ini kali kedua, Cuma dulu namanya Meritius Beach Resort. Memang menarik resort ini dan kelihatan masih seperti suasana dalam penginapan pertama dahulu.

Ketika musim ini, harganya pun tidaklah mahal, kekira affordable dan berbaloi. Kolam renangnya ada banyak bersesuai mengikut usia kot. Macam taman tema pun ada.

Dulu ia sebahagian dari rangkaian Meritius Hotel yang diurus oleh syarikat Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari. Namun sejak awal tahun ini, ianya telah diambilalih terus oleh Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari di bawah syarikat Tradewinds Corporation.

Ketika masih PKP ni banyak juga SOP yang ternyata berlainan daripada norma biasa. Hidangan pun secara ala-carte, makanannya diberi beberapa pilihan menu juadah dan duduk tunggu di hidangkan.

Tak boleh nak ambik sendiri. Takde nak refil atau topup, kecuali air minuman sahaja. Apakah hotel atau resort lain di Langkawi pun amalkan perkara yang sama.

Suasana Pantai Cenang dan Pekan Kuah juga mungkin gambaran terbaik kepada situasi dihadapi industri pelancongan Langkawi yang begitu terkesan susulan PKP. Masih banyak kedai yang masih belum buka.

Stok barangan cokelat pun agak kurang, malah yang ada pun dah nak menghampiri expiry date. Mungkin lebih masa lagi diperlukan untuk bangkit demi meneruskan kelangsungan hidup. Memang dahsyat penangan COVID19.

Kehadiranku ke Langkawi kali ini adakah kerana ada program rasmi ofis. Tidak sempat nak berjalan mana. Lagipun hujan turun menjelang malam. Takde rezeki berjalan. Ikutilah kisahnya iaitu mengenai 5G di Langkawi.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 95 - Today Page Visits: 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *