Menjelajah 5G @ Langkawi

Keistimewaan dalam kunjungan ke Langkawi kali ini ialah pendedahan kepada teknologi 5G yang dilakukan oleh syarikat Telekom Malaysia Berhad (TM). 5G bermaksud generasi ke-5 komunikasi cellular yang merujuk kepada komunikasi menerusi peranti mudahalih.

Ia dikatakan lebih pantas dan ‘precise’ berbanding 4G, walaupun melibatkan data yang besar sehingga membolehkan sesuatu keputusan dibuat dengan pantas.

Pusat Kawalan 5G TM

Pusat Kawalan 5G Langkawi Telekom Malaysia terletak di Pejabat Daerah Dan Tanah Langkawi, Kuah . Ini sebahagian daripada usaha pihak TM dalam mempromosi dan memperkenalkan teknologi 5G. Sekaligus dengan Hasrat mempercepatkan lagi teknologi tersebut digunakan setelah melihat use case yang dilaksanakan oleh TM. Bak kata orang jawa, seeing is believing.

Rupanya terdapat kira2 11 use case 5G oleh Telekom Malaysia di sekitar Langkawi yang melibatkan smart city, smart tourism, smart retail dan smart agriculture. Sekurang2nya boleh juga membuka sikit minda untuk dunia pendidikan.

Bagi merealisasaikan use case ini, pihak TM telah mengadakan MOU dengan Majlis Perbandaran Langkawi, Pelancongan dan LADA serta mula berkolaborasi dengan beberapa syarikat seperti Haji Ismail Group, The Loaf Asia Sdn Bhd, Hotel Nadias, Hotel Adya Cenang, Artisans Pizza dan Jabatan Laut Malaysia dalam mewujudkan eko-sistem pintar.

Smart City

Dengan hasrat mewujudkan persekitaran yang selesa dan selamat kepada penduduk dan pelancong khususnya di Pantai Cenang, antaranya melibatkan smart lampu trafik, parking serta melibatkan aspek keselamatan.

Memang sukar nak dapat parking di Pantai Cenang yang selalunya sibuk. Namun dengan aplikasi Smart Parking, ia dapat sediit sebanyak membantu untuk keselesaan pengunjung dengan memaparkan parking lot yang available menerusi aplikasi mobile.

Kawasan parking ini dipantau menerusi kamera dengan ciri Aitificial Intelligence (AI) yang membolehkan pencarian sport lot parking yang kosong tanpa perlu meredah dan berpusing2 sehingaa menambah kesesakan.

Image from SAYS

Jika anda jalan-jalan di Pantai Cenang, khususnya berdekatan Dataran Cenang, banyak binaan berkaitan 5G boleh dilihat. Antaranya yang berdekatan dengan skrin berdensiti tinggi 8K yang dipancarkan secara langsung daripada ‘cloud’.

Manakala Smart Safety & Surveillance  mengandungi kamera resolusi tinggi dan peralatan pemantauan yang membantu keselamatan bangunan, mencegah jenayah selain untuk memantau keadaan trafik.

Panic  Button

Bagi penunjung, sekiranya berada dalam keadaan kecemasan, panic button disediakan, khususnya di tiang lampu di tempat yang ramai orang. Tetapi bagaimana orang ramai hendak tahu untuk menggunakannya ?

Sistem ini diintegrasikan dengan TM’s Emergency Response Team serta Pusat Kawalan 5G yang seterusnya dihubungkan dengan pihak berkuasa tempatan tertentu bagi menghantar bantuan yang bersesuaian dengan pantas. Kita juga boleh berkomunikasi terus menerusi kamera yang ditempatkan berdekatan panic button tersebut.

Menerusi teknologi 5G berkenaan, video boleh dilihat dalam masa nyata dengan kecepatan penghantaran data sekali gus berjaya mengatasi masalah kelengahan maklum balas (low latency) seperti yang dihadapi oleh 4G sebelum ini.

Sebagai pelengkap, pihak TM membangunkan aplikasi geolocation bagi pengguna dapat mengenalpasti dimana ahli keluarga mereka travel bagi memastikan mereka berada dalam kawasan selamat, Tetapi kena daftar la.

Secara tidak langsung ini mewujudkan persekitaran selamat kepada pelancong atau pengunjung ke Langkawi, dengan harapan Langkawi menjadi pilihan untuk mereka datang lagi dan ini memberi faedah kepada industri sebaliknya pengguna secara keseluruhan. Malah dengan pelaksanaan Lampu Isyarat Pintar yang turut dikawal dan dipantau di Pusat kawalan 5G menerusi kamera pengawasan resolusi tinggi yang memberikan video dalam masa nyata.

Smart Retail Analytics

Teknologi 5G idengan kamera keselamatan resolusi tinggi yang dilengkapi dengan Kecerdasan Buatan (AI) berupaya mengesan kemasukan pelancong dan menerusi tetapan algorithm tertentu, akan dapat lihat bagaimana reaksi dan statistik keluar masuk seseorang pelancong atau pengunjung.

Pusat kawalan 5G Langkawi.

Umpamanya bagi hotel di Cenang, mereka hendak tahu bagaimana reaksi wajah penginap apabila check-out berbanding semasa check-in. Berpuashati ? Seronok ?

Contohnya adakah dia gembira, sedih, cemas atau sebagainya dan kaedah sama boleh digunakan untuk menapis kemasukan pelancong memandangkan kamera ini akan menghantar video secara masa nyata dan ia dapat mengumpul maklumat apabila pelancong melaluinya.

Smart Agriculture

Berkesempatan melawat ladang pintar sayuran ‘premium’ untuk bekalan kepada hotel2 di sekitar Langkawi yang menggunakan teknologi 5G dalam kawalan seperti air, cahaya, humidity dan CO2. Ia hanya terletak dalam Kawasan Pejabat Daerah & Tanah Langkawi juga.

Walaupun dalam kontena bersaiz 10’x40′, namun ia mampu menempatkan kira2 3,600 pasu pokok yang bersamaan dengan keluasan tanah satu ekar. Mengapa melawat sini ? Nak ajar budak2 sekolah menanam kat sekolah dengan teknologi 5G ke ?

Sayuran premium bermaksud sayuran untuk ‘orang kayangan’. Ianya ditanam untuk bekalan kepada hotel2 ternama sekitar Langkawi. Bagi menjamin kesegaran, dua jam sahaja diperlukan daripada tempahan sayuran dibuat, tuai, hantar, masak dan seterusnya dihidangkan.

Patut pun dikatakan semangkuk soup sayur bernilai lebih daripada RM100++. Macam tidak logik kan ? Kalau tidak macamana nak cepat dapat ‘return of investment’.

Smart Safety Helmet

Keselamatan bukan setakat kepada pelancong, juga kepada pekerja infrastruktur bangunan di Langkawi.  Helmet yang dilengkapi dengan kamera density tinggi ini membolehkan komunikasi antara pekerja dengan penyelianya secara live berbanding dengan handphone yang terdedah kepada terjatuh serta ‘bilangan tangan’ yang terhad.

Ia membolehkan bantuan, panduan serta peringatan bahaya dapat diberikan oleh penyelia yang berada di lokasi lain secara live.

Sekiranya berlaku kemalangan, penyelia boleh mengesan dimana pekerja tersebut jatuh atau terperangkap yang seterusnya memudahkan bantuan sewajarnya dapat diberikan dengan pantas.

Spektrum Band 5G

Ujian penggunaan 5G di Langkawi sebenarnya dilakukan oleh pelbagai syarikat selain TM. Rupanya ada pelbagai jalur spektrum band 5G bagi perkhidmatan jalur lebar mudah alih yang diuji dan masih belum dapat di tetapkan oleh pihak kerajaan. Pihak TM menggunakan spektrum 700Mhz dan 3.5Mhz.

Kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia telah mengenal pasti jalur-jalur spektrum 700 MHz, 3.5 GHz dan 26/28 GHz sebagai jalur spektrum perintis untuk pelaksanaan 5G di Malaysia, berikutan perkembangan ekosistem dan pelaksanaan 5G yang pesat di seluruh dunia.

Adalah dijangkakan, pengkomersialan 5G di Malaysia akan bermula pada suku ketiga tahun 2020, apabila selesainya proses penguntukan spektrum tersebut. Ini adalah selari dengan perbincangan oleh Pasukan Petugas Khas 5G Negara yang telah ditubuhkan sejak November 2018 dan dianggotai sebanyak 114 organisasi daripada sektor swasta, kementerian dan agensi mewakili bahagian bekalan dan permintaan dalam ekosistem tersebut.

Bersediakah Kita Dengan 5G

Sejauh mana 5G benar2 diperlukan kerana ia memberikan kesan kepada kemampuan kewangan untuk pelaksanaan. Bagi syarikat telekomunikasi, kena buat pelaburan yang agak tinggi dan tentu terkesan bebanan akan ditanggung sama ke atas pengguna.

Data plan 5G tentunya tak sama rega dengan 4G, tentu lebih mahal. Handphone pun silap2 kena tukar mana yang tidak 5G ready. Siapa pula yang hendak mengerakkan penggunaanya ? Sejauh mana pihak berkuasa tempatan contohnya, sedia melaksanakan smart parking dan pihak pihak polis dengan pemantauan jenayah ? Memang ada kebaikan tetapi siapa yang sanggup menjadi peneraju serta owner kepada inisiatif2 berkenaan.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 283 - Today Page Visits: 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *