Perhimpunan Warga KPM Bil 1/2020

Menghadiri Perhimpunan Bulanan KPM pertama sejak PKP dan pertama bagi Menteri Kanan Pendidikan, YBhg Dr Radzi Jidin yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Pendidikan pada 9 Mac 2020. Dalam amanat yang disampai secara agak santai, tanpa rostrum dan tanpa teks ucapan, YBhg Menteri berhasrat dapat menyatakan terus luahan hatinya.

Sering ditanyakan apakah keseronokan apabila memegang jawatan Menteri Pendidikan yang ‘besar’ ini. Menjawab persoalan ini, beliau menyatakan bahawa ‘keseronokan’ apabila dasar dan polisi berikan impak positif kepada rakyat. Menyedari stake holder KPM yang besar, sebarang pelaksanaan perlu difikirkan, dirancang dan dibuat dengan berhati2.

Menyorot kembali kesan PKP kepada kaedah home-based learning, taqwim peperiksaan, pembukaan semula sekolah serta taqwim persekolahan, ia perlu menjadi pengajaran bagaimana untuk duduk bersama cari kaedah terbaik dalam menempuhi sesuatu situasi sukar.

PKP juga mengajar kita bahawa atas kepercayaan rakyat kepada kepimpinan kerajaan, rakyat akur dengan segala dasar dan arahan kawalan kerajaan sehingga Malaysia diiktiraf antara negara terbaik dalam menangani penularan Covid-19.

Oleh yang demikian, bagi meningkatkan kepercayaan rakyat kepada KPM, adalah perlu untuk menonjolkan KPM sebagai kementerian berprestasi tinggi, berdasarkan KPM iaitu K-Kualiti, P-Produktiviti dan M-Modernisasi.

Dalam menyambut Kemerdekaan kali ke-63 yang mungkin berbeza pada tahun ini, YBhg Menteri menyeru untuk fikirkan apa sumbangan kita untuk generasi akan datang seperti yang telah bapak2 kita dahulu perjuangkan, supaya dapat dipastikan negara ini diwariskan kepada generasi akan datang sebagai sebuah negara yang hebat !!

Please follow and like us:
Total Page Visits: 287 - Today Page Visits: 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *