2nd Daytrip @ Pulau Perhentian

Tetiba nak mengunjungi semula Pulau Perhentian. Kunjungan terakhir adalah pada tahun 2013. Sama juga kali ini, ambik daytrip sahaja atau balik hari.

Ambik pakej murah RM85 sahaja termasuk makan tengahari katanya. Ikut atur cara, pagi free and easy di Long Beash dan petang baru aktiviti snorkeling dan balik Kuala Besut jam 4.00 petang

Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian
Seawal 7.45 sudah sampai di Jeti Kuala Besut. Park kenderaan berdekatan masjid. Namun orang sudah mula ramai. Apapun kena tunggu tour guide, kumpul bersama-sama dengan group2 lain.

Kekira 8.45 bertolak dengan spped boat, muat kira-kira 30 orang. Kata tour guide nasib sahaja, sama ada dapat naik boat atau ferri. Ikut turn. Entahlah, macam tak Nampak begitu pun.

Speed boat memang laju tetapi ‘sakit perut’ menahan apabila melanggar ombak besar dan sesekal-sekala melambung-lambung. Bimbang terbalik aje boat.

Selepas menurunkan penumpang di Jeti Pulau Perhentian Kecil, maka sampailah di jeti pantai Long Beach, kekira 9.30pagi

Pantai Long Beach

Orang agak ramai dan sibuk, maklumlah cuti hujung minggu serta cuti sekolah. Cuaca agak panas dan arahan diberi adalah free & easy makan pepandailah cari port untuk lepak.

First time sampai sini. Pantai Panjang ataupun Long Beach adalah sebuah lokasi yang menjadi perhatian ramai backpackers dan mat saleh.

Bagi yang datang bersama anak-anak kecil tu, kawasan pantai ini mungkin agak tidak sesuai untuk dilawati disebabkan ‘kebebasan berpakaian’ oleh pelancong asing. Namun ketika PKP ni, tak berapa ramai pelancong asing. Tetapi untuk mandi puas-puas di pantai agak sesuai.

Di tepian Long Beach ni juga, ada banyak guest house yang sesuai untuk diinapi golongan solo traveller atau yang bercuti dalam bajet. Nak jimat lagi? Set je khemah tepi pantai ni. Nampak banyak kawasan orang berkhemah.

Kincir Angin

Menariknya di PulauPerhentian Kecil ini, ada kincir angin. Dikatakan sesatunya yang bersaiz besar. Since banyak masa, maka timbul keinginan nak ke kincir angin.

Untuk mendekatinya, kena mendaki sikit kerana ia terletak di atas bukit ditengah2 pulau. Adalah kekira 20 minit pendakian. Namun jalannya tidaklah begitu mencabar sangat.

Dapat maklum, kincir angin tersebut adalah merupakan projek kerajaan negeri dengan TNB yang menempatkan sistem hibrid tenaga gabungan empat kuasa untuk menghasilkan tenaga elektrik dari kuasa angin.

Mengejutkan lagi, rupanya itu merupakan kawasan larangan yang dilarang masuk. Tiada siapa yang menjaga serta melarang masuk pun ?

Berjalan terus sampai kepada wakaf untuk berehat mengembalikan tenaga. Namun ternampak pemandangan yang sangat menarik di suatu kawasan yang bertentangan.

Lalu turun menyusuri tangga-tangga yang ‘disediakan’. Subhanallah, cantik pemandangan lautnya. Namun tangga dan tempat pemegang kiri dan kanannya agak menakutkan sebab ada yang rosak dan macam tidak terjaga.

Dapat maklum juga bahawa tangga tersebut adalah untuk ke puncak bukit yang menempatkan 2 menara kincir angin tadi di sebelah pulau yang lain. Kemudahan itu sebenarnya disediakan khas bagi pegawai dan kakitangan TNB melakukan pemantauan, selain melakukan penyelenggaraan jika berlaku kerosakan.Oleh sebab projek macam tidak berjaya, maka tinggallah begitu sahaja.

Tetapi terima kasih kepada tangga tersebut. Dengan adanya tangga tersebut jugalah membuatkan kita dapat datang ke kawasan itu untuk bergambar atau melihat pemandangan menarik dari puncak bukit.

Khabarnya, kerajaan negeri sudah meletakkan papan tanda larangan serta memasang pagar bagi menghalang pengunjung dan pelancong menaiki bukit kincir angin, malangnya ia ditanggalkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Snorkeling Time

Selepas lunch, masa yang dinantikan iaitu snorkeling time. Penoh boat dengan kira-kira 35 orang termasuk kanak2. Semua diberikan dengan alat snorkeling sekali dengan life jacket.

Kami di bawa ke lima spot snorkeling. Daripada lima spot tersebut, dua spot yang terakhir rasanya pernah dikunjungi sebelum ini. Namun terasa perbezaannya kali ini berbanding kunjungan dulu.

Mungin sebab 7 tahun dulu orang tidak ramai. Tetapi terasa pemandangan atau kadar ketampakan ke dasar laut agak kurang kali ini, atau mata yang semakin kabur ( sebab tidak boleh pakai spek mata ).

Batu-Batu Karang Laut

Karang Batu Laut bukan sekadar batu yang menghiasi dasar laut sehingga menjadi tarikan pelancongan. Ia merupakan batu hidup pelbagai bentuk dan warna dengan kadar tumbesaran yang sangat perlahan serta mengharapkan plankton, alga dan cahaya matahari.

Batu Karang yang berfungsi sebagai sumber makanan dan habitat kepada ikan selain menjadi pelindung kepada pelbagai spesis hidupan marin kecil itu, sedang menghadapi ancaman untuk pupus disebab perubahan suhu dan keasidan air laut.

Teringat masa snorkeling di Pulau Sabang, Nampak jelas batu-batu karang yang sudah mati di dasar laut yang dikatakan berlaku Ketika Tsunami yang melanda bandar Aceh tahun 2014. Mungkin ada benarnya.

Malah, lebih menggerunkan apabila ia memungkinkan kita kehilangan sumber protein utama (ikan) jika tiada langkah bagi menyelamatkan ekosistem unik ini.

Apabila sektor perikanan terjejas, pastinya ia akan memberi implikasi yang besar ke atas ekonomi negara. Justeru, sudah tiba masanya langkah drastik diambil bagi tujuan memulihara kelangsungan hidup batu karang laut ini.

Firman Allah (bermaksud), “Dan kepada Tsamud (Kami utus) saudara mereka Shaleh. Shaleh berkata: “Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia. Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan, serta menghendaki kamu memakmurkannya, karena itu mohonlah ampunan-Nya, kemudian bertobatlah kepada-Nya, Sesungguhnya Tuhanku amat dekat (rahmat-Nya) lagi memperkenankan (doa hamba-Nya)” ( Surah Hud : 61 )

Kecoh Sekejap

Sebaik selesai sesi snorkeling, kembali semula ke Long Beach. Namun belum sempat berkemas, lantas dipanggil ke jeti untuk pulang ke Kuala Besut. Jika lewat akan ditinggal di pulau. Kelamkabut dibuatnya.

Sebelum sesi snorkeling tadi sudahlah lama menunggu, sepatutnya mula jam 2.00 tetapi jam 3.15 baru nak mula. Kurang menepati masa tour agent ini. Mungkin sebab terlampau ramai pengunjung pulau kali ini. Entahla. Sampai Jeti Kuala Besut hampir maghrib. Kedai jualan cenderahati pun semua sudah tutup.

Sabtu 22 Ogos 2020

Please follow and like us:
Total Page Visits: 53 - Today Page Visits: 3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *