Majlis Bacaan Yasin, Tahlil & Doa Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Hari Malaysia KPM 2020

Menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan doa Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Hari Malaysia KPM pada 28 Ogos 2020, anjuran Bahagian Pendidikan Islam KPM yang disempurnakan perasmiannya Oleh YBhg Dato’ Kamel bin Mohamed , TKSU(Pengurusan) yang mewakili KSU KPM.

Dalam sesi bicara “Merdekakah Kita ?” oleh Ustaz Syed Norisyam bin Tuan Padang, mengenai erti kemerdekaan, beliau mengambil jawapan seorang sahabat Rasulullah s.a.w iaitu Rabie Amir kepada soalan Raja Rom iaitu Raja Rustam apabila ditanyakan mengapa beliau datang menemuinya.

Kata Rabie Amir, “Allah telah membangkitkan kami untuk mengeluarkan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki dari perhambaan terhadap sesama hamba kepada perhambaan kepada Allah, dari kesempitan dunia kepada keluasan pemikiran dunia dan akhirat, dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam. Maka Dia membangkitkan kami dengan agama-Nya untuk kami seru mereka kepadanya.” Agak mendalam maksudnya.

Turut diadakan penyampaian hadiah kepada pemenang beberapa pertandingan yang diadakan serta persembahan daripada beberapa pemenang.

Ini termasuklah e-Pertandingan deklamasi sajak sempena Hari Guru dan Hari kemerdekaan, pertandingan sayembara penulisan kreatif dan pertandingan Video pendek berteraskan nilai.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 183 - Today Page Visits: 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *