Rahsia Penaklukan Melaka 1511

Kota Melaka adalah tempat pertama di Alam Melayu yang berjaya dikuasai penjajah Barat. Sebelum penaklukan Portugis pada tahun 1511, Kesultanan Melaka adalah antara kerajaan yang terkaya di dunia disebabkan perdagangan dan kepentingan pelabuhannya. Namun, kedatangan Portugis ke Melaka secara khususnya bukanlah semata-mata kerana ingin menguasai perdagangan di Melaka.

Sejarah masa dibangku sekolah dulu menyatakan penaklukan Portugis atas Melaka adalah kerana perdagangan rempah. Jauh2 datang apakah semata-mata rempah ratus ? Ada matlamat yang lebih besar sehingga menjadi rahsia serangan dan seterusnya penaklukan Melaka pada tahun 1511.

Antaranya dendam kekalahan dalam perang salib serta kejatuhan Kostantinople ( ibu kota empayar Rom ) oleh tentera Sultan Muhammad al-Fatih. Malah Alfonso De Albuuergue sebelum menyerang Melaka pernah diarahkan bersiap sedia menyerang Mekah terlebih dahulu.

Baca buku ini menyebabkan tidak senang duduk. Sarat dengan pengkisahan menarik yang ingin diketahui dengan ilustrasi berwarna untuk mudah faham.

Tidak dinafikan ada kelemahan dalam pemerintahan Sultan Melaka ketika itu yang dikelilingi oleh para pembesar yang lemah serta rasuah. Paling parah adalah adanya musuh dalam selimut yang menjadi infomer kepada musuh.

Bukan setakat si Kitul dan Mundaliar, juga nama seperti Utimuraja, pemimpin Jawa dan Nina Chatu, pemimpin orang2 Tamil yang menjadi gunting dalam lipatan. Beberapa pedagang China turut menjadi pengkhianat, membenarkan Portugis menggunakan dua jong mereka untuk menyerang Melaka. Portugis hanya datang dengan kekuatan 1,400 orang termasuk 600 daripadanya adalah orang India dari Goa, India.

Geram pulak baca bila dikatakan pembinaan Kota A Famosa dibina atas runtuhan masjid dan makam serta batu nesan, paksaan buroh pembinaan dan memaksa masuk Kristian … Portugis bertindak zalim dan bermusuh dengan orang Islam, sebaliknya berbaik dengan orang Hindu.

Bacalah buku cetakkan terbaharu tahun 2020 ini untuk mengetahui lebih lanjut. Ia bukan cerita dongengan atau penglipurlara, tetapi hasil kajian dengan pelbagai rujukan.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 175 - Today Page Visits: 4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *