Kenangan 9/11

Semalam USA mengadakan sambutan memperingati peristiwa 9/11 iaitu peristiwa keruntuhan World Trade Centre (WTC) di New York City pada 11 September 2001 akibat ‘dilanggar’ oleh dua buah kapal terbang komersial berpenumpang yang dikatakan dirampas oleh terrorist sehingga mengorbankan 3,000 orang (termasuk 3 rakyat Malaysia), di sebalik angka kematian yang lebih tinggi akibat COVID-19.

Di sebalik kejanggalan peristiwa tersebut (bagaimana bangunan yang sekukuh dan secanggih itu boleh runtuh hanya dengan dilanggar oleh kapalterbang komersial), ia mencetuskan politik baru dunia khususnya berkaitan ‘anti pengganas’.

Suka2 je USA menuduh Al-Qaeda sebagai dalang manakala Iraq dan Afghanistan di serang oleh tentera USA dengan alasan bersekutu dengan Osama bin Ladin dan Al-Qaeda. Maka berleluasalah apa yang dinamakan Islamphobia kemudiannya.

Peristiwa tersebut juga mengingatkan kembali kenangan pernah berada di observation deck WTC, pada July 1995. Ia adalah sebahagian daripada program lawatan sempena Kursus Computer In Management yang dihadiri selama 3 bulan di University Of Connecticut, USA anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 207 - Today Page Visits: 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *