Berbasikal Sekitar Putrajaya

Tetiba terasa nak aktifkan semula aktiviti berbasikal. Kondisi basikal pun disemak semula, maklumlah lama tak digunakan. Beberapa penambahbaikan terpaksa dilakukan.

Berbasikal waktu lapang khususnya hujung minggu adalah aktiviti yang menyeronokkan dan menyihatkan badan. Oleh itu pihak berkuasa perlu melihat aktiviti ini, bukan setakat merupakan aktiviti sihat, ia juga menggerakkan ekonomi domestik.

Putrajaya dianggap mesra berbasikal kerana disediakan laluan khas untuk berbasikal. Oleh yang demikian terasa lebih selamat sedikit berbanding bimbang terpaksa berhadapan dengan lalulintas kenderaan bermotor.

Mungkin sebab itulah kelihatan ramai yang turun berbasikal pada hujung minggu. Malah ada juga yang menjangkau malam. Katanya untuk elakkan panas matahari seperti yang dilakukan pada waktu siang hari.

Sebenarnya hampir seluruh Putrajaya sesuai untuk aktiviti berbasikal secara santai kerana kurangnya kesesakan lalu lintas. Anda boleh mengelilingi seluruh Putrajaya dengan hanya menaiki basikal dengan melalui laluan-laluan utama seperti Monumen Millenium, Jambatan Seri Wawasan, Boulevard, Jambatan Seri Gemilang, Jambatan Seri Saujana, Masjid Putra dan banyak lagi. Tinggal sama ada larat atau tidak sahaja nak sampai semua itu atau tidak.

Malah terdapat banyak lokasi yang menyediakan perkhidmatan sewa basikal. Jadi kepada yang tidak membawa basikal sendiri, bolehlah menyewa pada kadar yang berpatutan sahaja.

Namun yang penting juga, mereka yang berbasikal perlu belajar mematuhi peraturan serta menjaga tingkah laku masing-masing. Difahamkan di Putrajaya, pemakaian topi keledar basikal adalah suatu yang wajib. Betul ke ?

Please follow and like us:
Total Page Visits: 199 - Today Page Visits: 25

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *