Perjanjian Damai Dengan Israel Untuk Kebaikan Ummah?

Ulasan daripada Prof Dr Syeikh Ali Qaradaghi.

Soalan:

As-Sulh (negosiasi) atau normalisasi adalah perkara yang berkait dengan masalah politik dan Maslahah (kebaikan) bukannya masalah yang melibatkan akidah atau Ta’abudiiah (perkara-perkara ibadah yang tidak boleh dipersoal), apa pandangan syeikh?

Jawab Syeikh Ali Qaradaghi:

1) Perkara-perkara Maslahah terbahagi kepada perkara yang disebutkan dalam nas-nas seperti Al-Quran dan As-Sunnah dan juga ada yang tidak disebut dalam nas.

Adapun kewajipan membebaskan tanah negeri Islam adalah sesuatu perkara yang telah disepakati oleh ulama. Lebih-lebih lagi membebaskan bumi Palestin yang telah disucikan dan dinyatakan keistimewaannya dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

Adakah dikira perkara Maslahah melepaskan bumi umat Islam, lebih-lebih lagi bumi Palestin kepada musuh?! Sudah tentu tidak!

Firman Allah SWT:

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تَتَّخِذُوا۟ عَدُوِّی وَعَدُوَّكُمۡ أَوۡلِیَاۤءَ تُلۡقُونَ إِلَیۡهِم بِٱلۡمَوَدَّةِ وَقَدۡ كَفَرُوا۟ بِمَا جَاۤءَكُم مِّنَ ٱلۡحَقِّ

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi TEMAN RAPAT, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab HUBUNGAN BAIK (DAMAI) dan KASIH MESRA yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam)” [Surah Al-Mumtahana: 1]

2) Amat menyedihkan sebahagian ulama yang terkenal dengan ilmu mereka menyokong usaha damai ini. Sedangkan, jelas ia adalah pengkhianatan dan kedustaan terhadap Allah dan Rasul.

Ulama sepatutnya berani menyampaikan kebenaran walau apapun cabaran di hadapannya.

Firman Allah SWT:

ٱلَّذِینَ یُبَلِّغُونَ رِسَـٰلَـٰتِ ٱللَّهِ وَیَخۡشَوۡنَهُۥ وَلَا یَخۡشَوۡنَ أَحَدًا إِلَّا ٱللَّهَۗ وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ حَسِیبࣰا

“Orang-orang yang menyampaikan syariat Allah serta mereka takut melanggar perintahNya, dan mereka pula tidak takut kepada sesiapa pun melainkan kepada Allah. Dan cukuplah Allah menjadi Penghitung (segala yang dilakukan oleh makhluk-makhlukNya untuk membalas mereka).” [Surah Al-Ahzab: 39]

3) Al-Quran telah menceritakan apa yang berlaku di Palestin. Apa yang dilakukan oleh Yahudi di Palestin adalah kerosakan kedua mereka.

Firman Allah SWT:

وقَضَیۡنَاۤ إِلَىٰ بَنِیۤ إِسۡرَ ٰ⁠ءِیلَ فِی ٱلۡكِتَـٰبِ لَتُفۡسِدُنَّ فِی ٱلۡأَرۡضِ مَرَّتَیۡنِ وَلَتَعۡلُنَّ عُلُوࣰّا كَبِیرࣰا

“Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.” [Surah Al-Israa: 4]

Yahudi yang terdiri dari Bani Israel itu sedang melakukan kerosakan kali kedua di Palestin seperti yang disebutkan dalam ayat di atas, bagaimana pula ia dikira Maslahah?!

Soalan kedua:

Mereka yang mengeluarkan fatwa ini berpendapat seharusnya umat mentaati Waliyul Amr (Pemimpin). Hal ini kerana Waliyul Amr adalah pihak yang berkuasa menentukan sesuatu keputusan demi kebaikan sesebuah negara terutamanya dalam perkara perbezaan pendapat dalam aspek-aspek penting termasuk isu Normalisasi dgn Israel ini.

Jawab Syeikh Ali Qaradaghi:

1) Mentaati Waliyul Amr dalam semua perkara, tidak kira perkara baik atau buruk adalah punca kemusnahan sesuatu negara dan bangsa sepanjang zaman.

2) Mentaati Waliyul Amr adalah wajib. Tetapi, dalam pandangan Syariat Islam, seorang Waliyul Amr perlulah menjadi seorang yang taat kepada syarak-syarak yang selaras dengan ajaran Islam.

a) Disebutkan dalam kaedah asas dalam agama: Tiada ketaatan terhadap seorang makhluk dalam perkara yang menyanggahi kehendak Pencipta Makhluk (Allah SWT).

b) Dalam ayat Al-Quran yang memerintahkan wajib ke atas Muslimin mentaati pemerintah dalam Surah An-Nisaa ayat ke-59, Allah memulakan ayatNya dengan wajib mentaati Allah dan Rasullah SAW dahulu, dan ketiganya baru mentaati pemimpin. Bermakna, Ketaatan kepada memimpin itu perlulah tidak keluar dari garis ketaatan kepada Allah dan Rasullah SAW.

3) Syeikh memberi amaran kepada negara Sudan yang dahulunya sangat menentang ideologi Zi0nis, kini menghampiri dengan usaha menormalisasikan hubungannya dengan negara haram Israel.

Tidakkah mereka melihat apa yang berlaku di Mesir? Perjanjian Camp David tahun 1987 menjanjikan kemajuan negara itu dari segala. Tetapi sehingga hari ini, mereka adalah antara negara yang terkebelakang.

Mereka langsung tidak mendapat faedah apa-apa dari Negara Haram Israel melainkan hanya kerugian dan kemudaratan. Perkara yang sama hasil dari perjanjian Jordan dan Israel.

Syeikh melihat apa yang berlaku di Timur Tengah ini seiring dengan firman Allah SWT:

أَوَلَا یَرَوۡنَ أَنَّهُمۡ یُفۡتَنُونَ فِی كُلِّ عَامࣲ مَّرَّةً أَوۡ مَرَّتَیۡنِ ثُمَّ لَا یَتُوبُونَ وَلَا هُمۡ یَذَّكَّرُونَ

“Dan (patutkah) mereka (berdegil) tidak mahu memperhatikan, bahawa mereka dicuba (dengan berbagai-bagai bencana) pada tiap-tiap tahun, sekali atau dua kali; kemudian mereka tidak juga bertaubat, dan tidak pula mereka mahu beringat (dan insaf)?” [Surah At-Taubah: 126]

Setiap perjanjian damai atau apa sahaja namanya hanya merugikan negara-negara Islam dan menguntungkan penjajah.

Sekiranya negara-negara Arab yang masih berbaki ini masih tidak mengambil pengajaran atau seperti yang disebutkan dalam ayat:“kemudian mereka tidak juga bertaubat, dan tidak pula mereka mahu beringat (dan insaf)?” maka umat akan terus terkebelakang dan menjauhi kemenangan.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 165 - Today Page Visits: 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *