Selawat Ke Atas Rasulullah : Suatu Penjelasan

Perintah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w adalah suatu ibadah yang tidak ada ragunya. Daripada Said bin ‘Umayr, daripada bapanya, katanya Rasulullah s.a.w bersabda, “Barang siapa yang berselawat kepadaku satu (1) kali selawat dengan penuh ikhlas dari hatinya, maka Allah s.w.t berselawat keatasnya sepuluh (10) selawat, diangkat dengannya sepuluh (10) darjat, dituliskan untuknya dengan sebab selawat itu sepuluh (10) kebaikan dan dihapus daripadanya sepuluh (10) kejahatan.” (H.R Nasa’i).

Sebaliknya ada ancaman pula bagi yang mendengar nama Rasulullah s.a.w disebut, namun tidak berselawat ke atas baginda. Mereka dianggap bakhil dan merupakan suatu penghinaan ke atas dirinya sendiri. Daripada Hussain bin Ali, katanya Rasulullah s.a.w bersabda, “Orang yang bakhil ialah orang yang disebut namaku disisinya kemudian orang itu tidak berselawat ke atasku”. (H.R Tarmidzi)

Namun apakah lafaz selawat yang sebenarnya atau lafaz selawat yang warid daripada Rasulullah s.a.w sendiri ? Apa pula Selawat Tafrijiyyah, Selawat Al-Munjiyyah, Tibbiyah ataupun juga Selawat Syifa ? Pelbagai nama2 yang berbeza mungkin menimbulkan sedikit kekeliruan. Dapatkan buku ini untuk penjelasan. Selamat membaca dan Salam Maulidur Rasul 1442H.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 525 - Today Page Visits: 16

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *