Selamat Hari Guru ….

Akhirnya ku temui gambar guru-guruku semasa berada di SM Sains Kluang Johor 1980. Yang pakai kot tu Head Master (HM) – Abdul Rashid Hamzah ( ade le sekali dua kena ‘piat’ telinga dengan dia ).

Di kanannya, Penolong HM Cikgu Osman Nayan yang pernah cuba ku ‘tipu’ menggunakan surat rakanku untuk membolehkan aku dapat kebenaran balik kampong. Tapi tak sempat tunjuk surat, beliau dah meluluskannya.

Di kirinya Cikgu BM Basar Bani ( baru meninggal last year ), next Cikgu Abdul Rahman – Ketua Warden dan jurulatih hoki ku. Kanan sekali Mr Kiew juga jurulatih hoki, then masuk Islam, lupa lak nama Islamnya. Tapi kecoh cerita satu sekolah hal bila dia nak ‘sunat’. Cikgu Seni Perushaan, no 4 dari kanan Cikgu Heng Peng Nam yang selalu berteriak di Bengkel Industrial Art yang bising ‘bangar’.

Yang lain, baris belakang 4 dari kanan Cikgu Azman yang juga jadi ‘pak sedara’ kemudiaanya, tapi meninggal last year. Seorang warden asrama dan cikgu muzik, tapi akhir hidupnya merupakan orang kuat ‘jemaah’ dan pakar motivasi. Kalau jumpa selalu mencabar ‘dulu masa sekolah bukan main lantang, sekarang apa ‘anta ‘ dah buat untuk ummah ? Jika singgah di rumahnya, anak-anak dapat ‘ceramah motivasi’ percuma.

Sebelah Cikgu Azman ( 5 dari kanan ) Cikgu Hoo ngajar Add Math. Pernah ketika aku tersenggok-senggok mengantuk semasa beliau mengajar, dibalingnya kapur lalu terlekat di celahan spek dan mata.

Baris tengah, yang ke-6 cikgu muzik asyik pakai seksi, kalau ngajar tu resah gelisah kami dibuatnya. Di sebelahnya Cikgu Syed Hussin, guru sukan dan sprinter. Kalau ngajar tu, half of the class asyik citer tentang sukan dan pegalamannnya bertanding berlari 100m bagi meningkatkan motivasi. Yang lain … ah sukar nak ingatkan balik.

Ini pula gambar sekelas Tingkatan 5 tahun 1980, bersama sebahagian guru yang mengajar kelasku. Ini cuma yang mengajar di sekolah menengah, yang di sekolah rendah belum lagi. Selamat Hari Guru, jasamu tetap ku kenang. Terima kasih Cikgu.

Teka, mana aku ? Cute kan ?

Please follow and like us:
Total Page Visits: 30 - Today Page Visits: 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *