January 16, 2021

China Hasilkan Komputer Kuantum Terpantas Di Dunia

Keputusan penyelidikan komputer kuantum Jiuzhang tersebut diterbitkan menerusi jurnal sains pada Khamis lalu.

BEIJING – Saintis China mendakwa mereka telah membangunkan komputer kuantum terpantas di dunia digelar Jiuzhang yang mampu melakukan kiraan berbanding komputer biasa yang mungkin mengambil masa berbilion tahun untuk menyelesaikannya.

Laporan kajian itu turut diterbitkan menerusi jurnal sains pada Khamis lalu.

Ketua penyelidik, Profesor Lu Chaoyang berkata, pasukannya mencapai kejayaan itu dengan memanipulasi foton dan partikel cahaya.

Menurutnya, prototaip tersebut adalah 100 trilion kali ganda lebih cepat berbanding komputer super, Fukagu yang dilancarkan Jepun pada Jun lalu.

Tahun lalu, Google mengumumkan ia telah membina komputer yang mampu melakukan kiraan dalam tempoh 200 saat berbanding komputer super yang mungkin mengambil 10,000 tahun.

Saintis China bagaimanapun mendakwa komputer dihasilkan mereka adalah 10 bilion kali ganda lebih laju berbanding Sycamore dibangunkan Google.

China yang terlibat dalam perlumbaan teknologi dengan AS dikatakan telah membangunkan Makmal Kebangsaan untuk Maklumat Sains Kuantum yang menelan kos AS$10 bilion (RM40.6 bilion)

Sehingga kini, masih belum ada komputer kuantum yang sedia untuk digunakan di dunia. – Agensi

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/113616/GLOBAL/China-hasilkan-komputer-kuantum-terpantas-di-dunia?ref=rss&format=simple&link=link
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Apa itu Komputer kuantum ?

Please follow and like us:
Total Page Visits: 91 - Today Page Visits: 2