April 22, 2021

Berbasikal Di Putrajaya II

Terkejut mendapat berita kemalangan lori dengan basikal di Putrajaya sehingga menyebabkan kehilangan jiwa penunggang basikal tersebut. Sebelum ini agak terasa selamat berbasikal di Putrajaya khususnya pada hujung minggu kerana aliran trafik yang agak lenggang selain penyediaan track berbasikal yang disesiakn oleh pihak berkuasa. Tetapi, malang tidak berbau.

Perbadanan Putrajaya (PPj) telah menyediakan banyak laluan basikal bagi menarik lebih ramai pelancong melakukan aktiviti riadah di pusat pentadbiran kerajaan itu. Malah PPj mahu menjadikan Putrajaya sebagai tempat bagi penggemar aktiviti berbasikal.

Namun kemalangan tersebut berlaku bukan di track berkenaan dan juga disebabkan lori berkenaan yang dikatakan ‘terbabas’. Ada juga mengatakan penunggang basikal itu yang hilang kawalan. Malah mangsa yang berusia 34 tahun, dikatakan bersendirian menunggang basikal. Apapun, apakah benar dikatakan ia merupakan kejadian pertama seumpamanya di Putrajaya.

Bagiku, walaupun sering melalui track yang disediakan, berbasikal biarlah berteman, Kecuali berbasikal keliling taman sahaja, khususnya Presint 14, boleh berbasikal seorang diri. Itupun melaui track sikal yang disediakan..

Menurut PPj juga, kategori mudah terbahagi kepada tiga laluan iaitu Sisiran Tasik sepanjang 12.1 kilometer (km), laluan Perdana (5km) dan laluan Marina (2.7km).

Bagi laluan mudah, pelancong dapat melihat mercu tanda unik Putrajaya seperti Jambatan Seri Wawasan, Monumen Alaf Baru, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Bangunan Perdana Putra, Istana Kehakiman, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Marina Putrajaya.

Laluan sederhana pula terdiri daripada Saujana Hijau (7.2km), Wetland (4km) dan Putra Perdana (800 meter). Antara tarikan di kawasan laluan sederhana adalah Kelab Tasik Putrajaya, Seri Perdana, Moroccan Pavilion, Taman Botani dan Taman Putra Perdana.

Manakala laluan mencabar terbahagi kepada Taman Rimba Alam (5km), Taman Cabaran (2.7km) dan Taman Wawasan (3.6km). Bagi yang suka berbasikal laju, selalunya jalanraya lurus atau lebuhraya di Putrajaya menjadi pilihan.

Malangnya laluan sikal bersebelahan laluan ini, mutu permukaan jalannya tidak begitu baik, lantas menyebabkan jalanraya menjadi pilihan. Apapun penunggang basikal di Putrajaya kena juga selalu beringat tentang keselamatan ketika berbasikal.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 477 - Today Page Visits: 5