March 5, 2021

Buku Hiduplah Untuk Hari Ini

Menarik buku ini, terjemahan daripada karya asal ‘Jaddid Hayatak’ tulisan Muhammad al-Ghazali, seorang ilmuan dan pemikiran Islam yang berasal dari Mesir, aktif menulis dan berdakwah semasa hidupnya dan dikatakan hafal al-Quran sejak berusia 10 tahun. Beliau dianugerahi Anugerah Antarabangsa Raja Faisal dalam bidang ilmu2 Islam pada tahun 1989.

Kira2 ini karya motivasi dan self-help yang sangat menarik bagi meredakan rasa sedih, risau, kecewa dan gelisah. Sebaliknya hidup ini perlu sentiasa diperbaharui.

Mungkin ada di antara kita yang dibelenggu kesilapan lalu sehingga menyalahkan diri sendiri, ataupun resah memikirkan hari esok yang belum pasti.

Hakikatnya, kita tidak boleh mengelak daripada melalui episod kegelisahan dalam hidup kita. Masa lalu tidak boleh diubah, masa hadapan pula tidak boleh diramal.

Namun, kita masih memiliki hari ini untuk ditempuhi dengan lebih baik dan meraih ketenangan dalam hidup kita.

Melalui buku ini, Muhammad Al-Ghazali menawarkan solusi bagi mendepani masalah yang sering mengganggu kehidupan kita mengikut panduan al-Quran dan hadis.

Antaranya termasuklah memperbetulkan salah faham kita tentang konsep sabar, takdir dan tawakal dalam Islam; bagaimana berhadapan dengan kritikan dan fitnah manusia dan juga cara menguruskan emosi dengan lebih baik.

Terdapat kira-kira 25 bab, dengan setiap bab diakihiri dengan rumusan atau ringkasan. Bolehla baca sinopsis untuk speed reading dan baca bab berkenaan untuk kupasan mendalam. Antara bab tersebut adalah kesan buruk masa lapang, hidup kita dibentuk oleh fikirkan kita sendiri, dendam tidak layak dipelihara, jangan mengharapkan ucapan terima kasih dan bahagiakan orang lain, kita pasti bahagia.

Hiduplah Untuk Hari Ini bukan sekadar laungan slogan kehidupan, tetapi suatu seruan berasas dan praktikal untuk meneruskan kehidupan ini, menjadikan buku ini relevan untuk semua. Tidak hairanlah buku ini diakui mempengaruhi hidup YB Senator Datuk Dr Zulkifli al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagaimana dinyatakan dalam pra-kata buku.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 54 - Today Page Visits: 1