January 17, 2021

Buku Langkah Sheraton

Tahun 2020 sarat dengan drama politik negara. Walaupun tanpa PRU, namun berlaku peralihan kerajaan pemerintah dari Kerajaan Pakatan kepada Perikatan Nasional. ‘Langkah Sheraton’ dianggap permulaan kemuncak yang pada ketika itu rakyat yang mulai dibelenggu dengan COVID-19, tertanya-tanya dan menunggu dengan penoh debaran.

Ia bukanlah sekadar makan malam para peminpin politik di Hotel Sheraton pada 23 Februari 2020, tetapi tetiba menjadi Majlis Makan Malam Muafakat Ahli Parlimen bagi meraikan kejayaan pembentukan kerajaan pakatan baharu Perikatan Nasional.

Langkah Sheraton adalah buku mengenai peristiwa tergempar dalam arus politik negara yang berlaku di Hotel Sheraton. Buat pertama kali dalam sejarah politik di Malaysia, sebuah parti pimpinan kerajaan persekutuan iaitu parti Pakatan Harapan telah tumbang tanpa melalui pilihanraya.

Buku ini bermula dengan sejarah penglibatan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tun Dr. Mahathir dan ahli-ahli politik berpengaruh lain seperti Tun Abdullah, dan Datuk Seri Najib Razak.

Buku ini merekodkan percaturan politik antara Datuk Seri Anwar Ibrahim versus Tun Dr. Mahathir sejak tahun 1998, malah kisah-kisah lebih awal dari itu seperti krisis politik dalaman Umno pada tahun 1987.

Kesemua krisis politik di Malaysia sebelum ini, termasuk tumbangnya parti kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Razak pada pilihanraya umum ke-14, direkodkan dan beberapa peristiwa yang dikatakan menjadi ‘nilai tambah’ serta menjadi asbab kepada langkah tergempar yang digelar Langkah Sheraton.

Mengapa tetiba Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai PM. Apakah ‘Langkah Sheraton’ merupakan suatu langkah terancang alam atau langkah sumbang serta tidak dijangkakan akan begitu dan begini natijahnya ?

Please follow and like us:
Total Page Visits: 95 - Today Page Visits: 1