June 21, 2021

Rahsia Dari Langit Juara Pencita Nasyid 2020

Oleh Fatin Farhana Ariffin – Disember 22, 2020 @ 8:30amfatin.farhana@bh.com.my

Lagu Rahsia Dari Langit ciptaan Along Exists dengan lirik dihasilkan Tinta, diangkat juara Anugerah Pencinta Nasyid IKIM (APNI) 2020 yang julung kali dianjurkan dalam talian. - Foto IKIM
Lagu Rahsia Dari Langit ciptaan Along Exists dengan lirik dihasilkan Tinta, diangkat juara Anugerah Pencinta Nasyid IKIM (APNI) 2020 yang julung kali dianjurkan dalam talian. – Foto IKIM

KUALA LUMPUR: Lagu Rahsia Dari Langit ciptaan Along Exists dengan lirik dihasilkan Tinta, diangkat juara Anugerah Pencinta Nasyid IKIM (APNI) 2020 yang julung kali dianjurkan dalam talian, malam kelmarin.

Lagu yang mendapat sentuhan susunan muzik oleh Eddie Slam serta disampaikan Afad dan kumpulan Simfoni, menerima hadiah wang tunai RM10,000, trofi dan sijil.

Mengangkat tema hikmah daripada tujuh nilai penting Islam yang diketengahkan menerusi pertandingan anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) itu, Afad menyifatkan kemenangan Rahsia Dari Langit sebagai hikmah besar daripada Allah.

“Sesuai dengan tema hikmah, lagu ini memberi hikmah besar kepada kami dengan kemenangan ini. Alhamdulillah… Jujurnya ini adalah di luar jangkaan.DISYORKAN UNTUK ANDA

“Terima kasih kepada Along Exists, Tinta dan Eddie Slam kerana sudi bekerjasama dengan kami.

“Kami sangat berbesar hati dapat bekerja dengan legenda seperti mereka. Terima kasih juga IKIM kerana memberi peluang ini kepada kami.

“Kami berharap lagu Rahsia Dari Langit bukan saja dapat hidup pada 2020, malah mekar buat 100 tahun lagi,” katanya kepada BH Online.

Lagu Pelita yang mengangkat tema ilmu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Hazwan dengan susunan muzik oleh Shazee, dendangan kumpulan, Far East diumumkan naib juara. - Foto IKIM
Lagu Pelita yang mengangkat tema ilmu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Hazwan dengan susunan muzik oleh Shazee, dendangan kumpulan, Far East diumumkan naib juara. – Foto IKIM

Pada pertandingan itu, lagu Pelita yang mengangkat tema ilmu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Hazwan dengan susunan muzik oleh Shazee, dendangan kumpulan, Far East diumumkan naib juara.

Hafiz Hamidun yang mencipta lagu Saksi Syahadah dengan lirik dihasilkan Fedtri Yahya, dendangan kumpulan Awla menduduki tempat ketiga.

Naib juara menerima hadiah wang tunai RM7,000 manakala tempat ketiga mendapat RM3,000.

Dalam pertandingan ini, tujuh penerbit dikehendaki menghasilkan lagu berpandukan tujuh nilai penting Islam iaitu ilmu, hikmah, adab, amanah, adil, taqwa dan benar.

Setiap karya dinilai empat juri profesional iaitu Manan Ngah, Hairul Anuar Harun, Adeep Nahar dan Ustaz Paharol Md Juoi.

Anugerah yang dihoskan Syafiq Salleh dan Faiz Othman itu disiarkan secara langsung menerusi empat platform iaitu TV IKIM serta laman sosial iaitu Youtube dan Facebook IKIM serta stesen radio institut itu.

APNI 2020 turut disertai oleh kumpulan Fine yang mempertaruhkan lagu Adil ciptaan Daqmie & Alfa Booty dan lirik Siso; Kumpulan Inteam (Ittaqullah ciptaan Yasin Sulaiman dan lirik Frizdan); Halim Ahmad & kumpulan Zayne (Benar ciptaan AG Coco dan lirik John Bear); dan kumpulan Rabbani (Santun ciptaan Fuad Ko & Wan Saleh dan lirik Ito Lara).

Penerbit yang terbabit adalah Hafiz, Azmee Abdul Manap (Daqmie), Muhammad Yasin Sulaiman, Ikhwan, Fuad Zabidi (Fuad Ko), Along Exists dan Mohd Hazry Mohd Hafidz (AG Coco).

Lagu yang dicipta penerbit dipersembahkan Rabbani, Hijjaz, Inteam, Zayne & Halim Ahmad, Far East, Fadzli Farest, Naim Helmi & Maliq Suhaimi, Awla serta Simfoni & Afad. Semua persembahan peserta dirakam sebelum pertandingan dilangsungkan.

Lagu ciptaan baharu yang dipertandingkan diabadikan dalam buku notasi muzik. Buku itu boleh dijadikan sebagai rujukan dan koleksi bernilai bukan sahaja kepada IKIM, malah pencinta seni terutamanya industri nasyid tanah air.

Dipetik dari : https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2020/12/767692/rahsia-dari-langit-juara-nasyid

Please follow and like us:
Total Page Visits: 249 - Today Page Visits: 2