June 21, 2021

Senarai Pemenang Anugerah Nasyid 2019

byAimanNovember 30, 2019

Kini terjawab artis nasyid mana yang telah memenangi tempat pertama Anugerah Nasyid 2019 (AN19) yang telah berlangsung sebentar tadi, 30 November 2019.  Anugerah Nasyid IKIM 2019 (AN19) dianjurkan sebagai acara kemuncak kepada salah satu program Radio IKIM iaitu Segmen Carta Nasyid IKIM, yang bersiaran setiap Sabtu mulai jam 10 pagi.

IKIM telah menganjurkan Anugerah Carta Nasyid IKIMfm pada tahun 2004, 2005 dan 2015 dan kemudiannya AN17 pada tahun 2017. Penganjuran AN19 bertujuan memberi pengiktirafan kepada penggiat industri daripada kalangan pencipta lagu, penulis lirik, penyanyi dan pihak yang terlibat dalam penghasilan sesebuah lagu nasyid.

AN19 telah berlangsung di 3 platform penstreaman iaitu melalui facebook IKIMFMYoutube IKIM dan juga website www.ikim.gov.myAnugerah Nasyid 19 mempertandingkan sebanyak 11 kategori iaitu Juara Anugerah Lagu Terbaik, Naib Juara Anugerah Lagu Terbaik, Ketiga Anugerah Lagu Terbaik, Anugerah Lirik Terbaik, Anugerah Vokal Terbaik, Anugerah Persembahan Terbaik, Anugerah Artis Baru Terbaik dan Anugerah Muzik Video Terbaik.

Selain daripada pilihan juri turun turut dimuatkan ialah anugerah berdasarkan pilihan pendengar serta penonton seperti Anugerah Lagu Pilihan, Anugerah Artis Solo Pilihan dan Anugerah Artis Duo/Berkumpulan Pilihan.

Antara Artis Dan Lagu Yang Bertanding Di Malam AN19 

  • Bertemu Semula – ReUNIC
  • Bismillah – Ikhwan Fatanna
  • Buta – Caliph Buskers
  • Cahaya 114 – Khai Bahar
  • Cinta Bukan Mainan – Mirwana
  • Dia – Inteam
  • Doa – XPDC
  • Gugur di Setiamu – Far East
  • Ittihad – Rabbani
  • Izinkan – Adeep Nahar
  • Jalan Keluar – Rabithah
  • Satu Dalam Perjuangan – Saujana

Senarai Pemenang Anugerah Nasyid 2019

Anugerah Lagu Pilihan – Cahaya 114 (Khai Bahar)

Artis Media Sosial – Inteam
Anugerah Artis Solo Pilihan -Khai Bahar
Anugerah Artis Duo/Berkumpulan Pilihan – Saujana
Anugerah Muzik Video Terbaik – Dia (Inteam)

Anugerah Artis Baru Terbaik – Ikhwan Fatanna
Ketiga Anugerah Lagu Terbaik – Ittihad (Rabbani)
Naib Juara Anugerah Lagu Terbaik – Doa – XPDC

Juara Anugerah Lagu Terbaik – Buta (Caliph Buskers)

Please follow and like us:
Total Page Visits: 94 - Today Page Visits: 1