May 8, 2021

Bahaya Bayam Brazil

Orang tanam kita pun turut nak tanam. Beli anak pokok dahulu secara online sahaja. Apabila terima bungkusan, cantik dan elok sahaja tanpa menyangka kandungannya adalah anak pokok benih bayam BraziI.

Cucuk begitu sahaja dalam tanah pasu atau polibag. Memang mudah menanamnya dan mudah juga ia hidup. Tidak seperti bayan jenis lain.

Petik beberapa pucuk untuk buat sayur hari ni. Dikatakan Bayam Brazil ni banyak khasiat seperti bayam-bayam lain.  Menurut kajian, antara khasiat Bayam Brazil dalam kesihatan ialah :

  • mampu melawan kanser
  • mengekalkan kesihatan mata
  • kaya dengan vitamin K
  • mampu menguatkan tulang.
  • boleh membantu menurunkan berat badan,
  • meningkatkan sistem imuniti badan,
  • membantu penghadaman dan
  • mengelakkan simbelit

Namun kena berawas sebab ada keburukan kalau makan banyak2. Seperti sayuran bayam lain, ia mengandungi asid oksalat yang tinggi yang berbahaya jika diambil banyak dan terkumpul dalam tubuh.

Oksalat cenderung untuk mengikat zat seperti besi dan kalsium sehingga boleh menyebabkan masalah batu dalam buah pinggang.

Sekiranya mendidih bayam tu, jumlah asid oksalat dikurangkan sebanyak 50 peratus. Apapun yang penting tidak berlebihan dalam memakan sayuran bayam, termasuk bayam Brazil ini.

Rujukan

Please follow and like us:
Total Page Visits: 748 - Today Page Visits: 4