May 13, 2021

Benarkan Tambahan Jemaah

Rekod kes baharu COVID-19 berubah hari ke hari sejak ‘darurat’ diperkenalkan. Malah diperluaskan pula kawasan PKPD dan PKPB kerana peningkatan kes. Sehingga kini, kes baharu tertinggi direkodkan adalah 4,029. Tidak terfikir bolehmencecah angka tersebut sedangkan suatu ketika dahulu pernah beberapa hari mencatatkan angka satu digit sahaja.

Meskipun beberapa sektor perniagaan dibuka, namun ada yang memilih untuk tutup kerana kekurangan pelanggan berbanding kos opoerasi yang agak tinggi barangkali. Sekolah2 kerajaan yang sepatunya bermula 20hb Januari 2021 tidak dapat dibuka sepenuhnya. Tetapi sekolah swasta dan tadika boleh on pulak. Pasar2 dan pasaraya tetap meriah dan berasak-asak orang berkunjung mendapatkan keperluan harian.

Sebaliknya surau masjid masih dihadkan pengunjungnya. Barangkali mengambil iktibar dari kuster Masjid Petaling awal2 dulu agaknya yang menjadi punca penyebaran. Namun sekarang berbeza, malah surau masjid boleh dianggap yang paling akur dan berdisiplin dengan SOP.

Tidak dinafikan ada juga jemaah surau majid yang ingkar, malah sampai kena denda RM1,000. Namun itu satu dua kes dan dianggap terpencil sahaja. Tiada kedengaran lagi kluster surau masjid.

Oleh itu wajarlah ditambah had bilangan jemaah solat fardhu dan Jumaat agar memberi lebih ruang jemaah hadir berdoa dan bermunajat kepada Allah agar pandemik ini segera selesai. Bukankah doa juga satu senjata ? Memang benar boleh berdoa di mana sahaja, namun tempat ibadah lebih afdhal.

Terasa benor janggalnya solat Jumaat dengan bilangan jemaah kurang daripada 40. Alang2 dibenarkan 30, why not dibenarkan 40 terus ? Masjid surau di Wilayah Persekutuan diminta anjurkan zikir munajat antara maghrib dan isyak, kan ‘syok’ kalau ramai2 …

Please follow and like us:
Total Page Visits: 296 - Today Page Visits: 2