March 5, 2021

Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat COVID19

Program Khas Bacaan Yasin & Solat Hajat COVID-19 anjuran Majlis Perwakilan Penduduk WP Putrajaya Sub-Zon 5 (MPPSZ5) bersama Perbadanan Putrajaya (PPj) telah diadakan di Surau Al-Syakirin pada 12hb Februari 2021, bermula jam 12.45 tengahari. Program dimulai dengan bacaan Surah Yassin dan diakhiri dengan solat hajat sebaik selesai solat Jumaat.

Pengerusi MPPSZ5, Sdra Fuad Yahya dalam ucapan ringkasnya menjelaskan program hari ini adalah bagi memohon agar Allah melindungi kita daripada wabak COVID-19 serta memohon diberikan kemudahan kepada pelajar2 menghadapi SPM akan datang.

Katanya lagi, memandangkan para calon SPM berhadapan dengan masalah kantin sekolah yang masih tidak dibuka, pihak MPPSZ5 telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada pihak SMK Presint 14(1). Beliau turut menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada jemaah yang turut serta menjayakan program Bacaan Yasin Dan Solat Hajat ini.

Turut hadir ialah wakil PPj, En Mohamad Adha bin Bahrudin dari Bahagian Perkhidmatan Komuniti, PPJ yang sebelum itu menyampaikan sumbangan Buku Yasin Dan Surah Terpilih kepada pihak Surau Al-Syakirin yang diwakili oleh Timbalan Pengerusi, Tn Hj Hassan Masrom.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 119 - Today Page Visits: 2