March 5, 2021

Sedeqah Kala Suboh

Berapa hari lalu menerima sebekas atau tabung wang sumbangan dari Hamba Allah bagi pihak surau. Tidak dinyatakan berapa jumlahnya. Namun katanya collection sedeqah suboh di rumah. Teringat akan hadis peringatan sedeqah suboh hari. Bukan bererti tidak boleh bersedekah pada waktu lain. Semua sedekah boleh, setiap waktu dan setiap saat. Setiap hari, sama ada hari Jumaat atau bukan hari Jumaat. Tetapi sedekah subuh itu termasuk dalam sedekah terbaik. Kenapa?

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “tidak ada satu suboh pun yang dialami hamba2 Allah kecuali turun kepadanya dua malaikat. Salah satu diantara keduanya berdoa, “Ya Allah, berolah hanti ganti (yang lebih baik) bagi orang2 yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdoa, “Ya Allah, berikan kerosakkan bagi orang yang menahan hartanya”. (H.R Bukhari)

Agaknya ini yang dilakukan. Tersentap sekejap sebab sendiri puntak mampu nak buat. Sediakan satu tabung dirumah. Setiap habis solat subuh, isikan sedekah di dalam tabung dan berdoalah. Niatlah di dalam hati dengan terperinci untuk dunia dan akhirat.

Rutinkan setiap hari untuk setiap ahli keluarga, hingga sampai masanya, agihkan sedekah-sedeqah itu kepada contohnya anak yatim, surau masjid atau untuk mana-mana amalan terbaik.

Yang solat subuhnya di surau masjid sedekahnya bolehlah dimasukkan di tabung surau atau masjid. Namun kini sebenarnya lebih mudah kerana banyak peluang sedekah wang ringgit secara on-line. Ikut kemampuan dan tepuk dada tanya selera sahaja. Namun takde pulak yang menyediakan khidmat sedeqah sekadar dengan senyum sahaja … Apapun dengan sedeqah kala suboh, moga mendapat doa malaikat yang baik-baik dan insyallah mustajab di sisi Allah s.w.t

Please follow and like us:
Total Page Visits: 86 - Today Page Visits: 4