April 22, 2021

Projek Kami Perihatian

Projek Amal ‘Kami Perihatin’ telah dilancarkan mulai 14 Februari 2020 dengan kerjasama antara Pro RV94, Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 5 Putrajaya, PIBG SKPP 14(1) dan juga Surau Al-Syakirin SMKPP 14 (1).

Program ‘Kami Perihatin’ tersebut bertujuan untuk membantu menyediakan atau menyelesaikan masalah capaian internet atau keluarga yang kurang berkemampuan untuk memiliki tablet, komputer atau telefon pintar.

Walau bagaimanapun apabila pihak kerajaan, khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan sekolah kembali dibuka Mac 2021 ini, maka program ini terpaksa dihentikan.

Sumbangan wang tunai sebanyak RM 2,030 berserta satu set komputer meja dan 2 unit telefon pintar telah diterima. Sehingga kini sebanyak 3 set komputer meja telah di sumbangkan kepada penerima dan dijangka dua set lagi akan disampaikan dalam masa terdekat.

Bagi mewakili Jawatankuasa pengendali, kami mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan serta sumbangan yang orang ramai diberikan. Semoga Allah juga yang membalasnya.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 132 - Today Page Visits: 2