April 22, 2021

Ibrah Israk Mikraj

Mengikuti kuliah subuh khas ‘Ibrah Israk Mikraj’ yang disampaikan oleh Ustaz Bakhtiar Fitri, yang merupakan Perunding Motivasi Nadi Ilmu Training Management. Menurut al-Ustaz, saban tahun kita meraikan Israk Mikraj, mendengar kisahnya, malah mengucapkan salam Israk Mikraj.

Namun (1) sejauh mana Israk Mikraj mampu meningkatkan keimanan kita lantaran ada sahabat Nabi s.aw yang murtad apabila mendengarkan peristiwa ini 1400 tahun dahulu ? Sekarang kita bolehlah yakin dan percaya. Apakah sekiranya kita hidup pada masa itu, termasuk dalam golongan mana.

(2) Kisah Israk Mikraj tidak akan mampu diperjelaskan dalam satu dua kuliah dan ia perlu disusuli dengan pembacaan mengenainya ataupun Sirah Rasulullah s.a.w. Beliau mengsyorkan agar umat Islam memiliki dan membaca buku atau kitab2 sirah yang ‘muktabar’

(3) Kisah Israk Mikraj juga membuktikan betapa barakah dan beruntungnya kehidupan mereka yang ‘dekat’ dengan Rasulullah s.a.w sejak kelahiran baginda lagi. Malam kejadian, Rasulullah s.a.w dikatakan berbaring bersama dua saudaranya Saidina Hamzah dan Jaafar di Hijir Ismail. Kedua-duanya syahid di Jalan Allah. Malah sebelum diangkat menjadi Rasul lagi seperti Ketika masih kecil lagi, pelbagai peristiwa unik berlaku ke atas Halimatus Saadiah yang menyusukan nabi sehingga rezekinya melimpah ruah. Untuk kita ‘dekat’ juga dengan Rasulullah s.a.w di padang mahsyar nanti, perbanyakkan lah selawat ke atas baginda.

(4) Betapa sibuk pun kita, solat jemaah dan membaca Al-Quran harian jangan ditinggalkan. Warisilah kehidupan kita dengan pahala amalan yang berpanjangan khususnya anak yang soleh. Walau apapun status, profession anak kita, bilarlah mereka merupakan anak yang soleh dan solehah serta sentiasa mendoakan kebaikan untuk kita.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya antara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah ilmu yang disebarluaskannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan, sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai dan harta yang disedekahkannya.” (H.R Ibn Majah) 

Please follow and like us:
Total Page Visits: 262 - Today Page Visits: 8