May 8, 2021

SIAPA BILL GATES SEBENARNYA?

Just dapat artikel ini menerusi aplikasi WhatApps … tidak tahu sumbernya dan kebenarannya. Simpan untuk catatan kenangan

Bill Gates bukan seorang yang berkelulusan tinggi serta bukan seorang doktor perubatan, mahupun ahli epidemiologi atau pakar penyakit berjangkit, malah beliau seorang yang keciciran iaitu tidak menamatkan pengajiannya di universiti dalam bidang sains komputer. Namun begitu, kita dapat lihat bagaimana kini seluruh dunia seolah menuruti dan menjadikan beliau sebagai rujukan dalam isu kesihatan termasuk isu Covid. Pada 13 Mei 2020, beliau contohnya menyeru US menambahkan tempoh lockdown lagi selama 10 minggu . Siapakah Bill Gates sebenarnya dan apa perkaitan beliau dalan isu Covid ini?


Dunia mengenali Bill Gates sebagai manusia kedua terkaya di dunia dengan jumlah kekayaaan USD108.1 billion , seorang filantrofis, ahli kebajikan dan dermawan billionair . Beliau telah bekerjasama ‘menyumbang’ kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) selama lebih 20 tahun dengan jumlah sumbangan sebanyak USD1.1 billion dan jumlah tersebut merupakan jumlah sumbangan terkumpul tertinggi setakat ini (10%) berbanding penyumbang-penyumbang lain samada individu mahupun negara.
Untuk Covid sahaja, Yayasan Gates menyalurkan USD250 juta ke WHO. Yayasan Gates juga menyumbang sebanyak USD13.5 juta kepada Centre for Disease Control and Prevention, US (CDC) (Disember 2013). Selain itu, Yayasan Gates juga adalah pendana terbesar Global Alliance for Vaccination and Immunization (GAVI), yang juga pendana WHO.
Melalui pelbagai yayasan dan agensi kerajaan, sumbangan Gates kelihatan seolah aksi seorang dermawan, namun tidakkah kita nampak hakikat bahawa ia menjadikan beliau seorang yang berpengaruh secara langsung atau tidak langsung dalam keputusan dan polisi besar agensi-agensi tersebut termasuk WHO, yang kesannya dirasai di seluruh dunia?


Sangat ironi jika kita masih merasakan beliau seorang yang mempromosikan kesihatan hanya kerana banyak membuat pelaburan dalam kajian perubatan dan vaksin sedunia sedangkan pada masa yang sama beliau terkenal dengan idea eugenik beliau melalui agenda mengurangkan populasi bumi (depopulation agenda) .
Dalam satu ucapan Gates pernah menyatakan: “Jika kita buat yang terbaik dengan vaksin, kesihatan dan pembiakan/kesuburan, kita boleh kurangkan populasi dunia sebanyak 10-15%. Hanya dengan genosid (pembunuhan bangsa) kita boleh selamatkan dunia’. Idea beliau adalah bumi serta sumber hasilbumi terhad untuk dikongsi dengan terlalu ramai orang.


Pemikiran pelik beliau ini sebenarnya tidak memeranjatkan jika kita tahu latarbelakang kelaurga Gates di mana ayah beliau William Gates, merupakan pengasas Eugenics Movement dan ahli lembaga pengarah Planned Parenthood iaitu sebuah agensi pengawalan penduduk. Target Gates adalah mengurangkan jumlah penduduk bumi kepada 500 juta orang sahaja.


Melalui program vaksinasi Gates sebelum ini, Gates telah memandulkan jutaan wanita di Afrika melalui vaksin tetanus yang mengandungi HCG antigen tersembunyi . Gates telah menyebabkan wabak Polio di India yang mengakibatkan 500,000 kanak-kanak lumpuh. Beliau terlibat dengan program Monsanto yang banyak kontroversi berkaitan rantaian makanan sintetik dan kimia berbahaya. Beliau terlibat dengan beberapa syarikat multinasional yang memiliki 5G yang diketahui akan bahayanya kepada kesihatan awam. Gates berhasrat menghalang sinaran matahari ke bumi dengan alasan sinaran UV merbahaya untuk manusia sedangkan ianya sumber Vitamin D semulajadi kepada hidupan dan memantapkan sistem imun tubuh. Hakikatnya Gates di sebalik isu pemanasan global yang penuh muslihat. Gates juga sedang giat cuba mempromosi daging buatan makmal bersama syarikat Tyson dan hentikan penternakan binatang sebenar . Semua ini selari dengan agenda Gates mengurangkan populasi.
Sebelum ini kita telah menghuraikan Event201 yang melibatkan Yayasan Gates; oleh itu jelas beliau merupakan antara ‘mastermind’ utama pandemik Covid ini.


Filem Pandemic pada November 2019 disiarkan sebelum kes pertama di Wuhan di Netflix yang menceritakan Coronavirus bermula di pasar basah di China dan mengakibatkan jutaan orang mati. Mana mungkin ianya suatu kebetulan. Pada masa yang sama, Yayasan Gates merupakan pemberi dana kepada Pirbright Institute yang memiliki paten Coronavirus (selain paten kepada pelbagai jenis vaksin) .


Pada Januari 2017 di World Economic Forum di Davos, Switzerland, Gates menubuhkan CEPI (Coalition for Epidemic Preparedness Innovations) yang dianggotai oleh Gates Foundation, beberapa negara, syarikat farmasi (seperti Moderna dan Innovio), dan Bahagian Kajian Perubatan Tentera US. CEPI kelihatan begitu proaktif melabur dalam tiga program pembuatan vaksin Covid seawal 24 January 2020, dengan kerjasama Moderna, Inovio dan Unviersity of Queensland Australia . Vaksin Moderna contohnya telahpun siap dalam masa 2 bulan, tempoh paling singkat pernah diambil dalam pembuatan vaksin. Yayasan Gates juga telah melabur dana yang banyak kepada pembuat vaksin Covid lain termasuk syarikat CureVac di German.


Awal-awal lagi, Gates, dengan bantuan Dr. Fauci, pada 4 Februari 2020 telah berjaya mendapatkan indemnity (perlindungan daripada disaman) untuk vaksin-vaksin Covid yang bakal terhasil. Maka sekiranya berlaku kesan sampingan vaksin Covid, tiada sesiapa boleh menyaman pembuat dan pemberi vaksin. Ini petanda beliau tahu vaksin adalah tidak selamat .
Cubaan menghasilkan vaksin Coronavirus ketika wabak SARS di China pada 2002 telah gagal kerana ketika ujikaji didapati ia menyebabkan keradangan paru-paru serta kematian tikus makmal akibat respon imun yang melampau apabila subjek didedahkan dengan Coronavirus liar/sebenar, walaupun vaksin itu sendiri berjaya menghasilkan antibodi yang banyak kepada subjek. Perkara sama berlaku ketika ujikaji vaksin RSV yang telah menyebabkan kematian dua kanak-kanak .
Walaupun jelas beliau menyedari kesan bahaya vaksin, Gates mengabaikan semua itu demi mencapai agenda depopuplasinya. Gates tetap mengagungkan vaksin di hadapan orang ramai seolah ianya penyelamat segalanya. Beliau secara peribadi memiliki paten untuk sejumlah vaksin. Menurut beliau, dunia tidak akan kembali kepada situasi sebenar-benar normal sehinggalah ada vaksin Covid, dan seluruh dunia mesti divaksin, dan kita tiada pilihan lain .

Yayasan Gates mengumumkan akan membelanjakan USD300 juta untuk memerangi Covid. Gates turut menyatakan vaksin Covid akan dimasukkan ke dalam jadual imunisasi bayi baru lahir , sedangkan ujikaji setakat ini hanya dilakukan ke atas umur 15 tahun ke atas. Beliau sasarkan sekurang-kurangnya 7 billion dos vaksin Covid dihasilkan dan diberikan secepat mungkin.


Dan lebih melampau lagi, tanpa berselindung, Gates cuba mengatur dunia dengan mengatakan setiap orang perlu miliki ‘sijil digital’ untuk ke mana-mana, sebagai bukti mereka telah pulih dari Covid, telah jalani ujian Covid pada tarikh sekian-sekian, dan telah menerima vaksin . Gates mahukan aktiviti ujian saringan dan pengesanan (testing) dibuat secara besar-besaran, dan vaksinasi diwajibkan.


Ini adalah sebahagian daripada agenda ID2020 iaitu program pengenalan diri elektronik dengan mempergunakan program vaksinasi besar-besaran sebagai laluan merealisasikan platform digital ID2020 . Gates juga mempromosi sistem pengesanan nasional (national tracking system), kononnya ianya penting bagi mengenalpasti di lokasi mana ada kes positif dan perlu diadakan penjarakan sosial, sedangkan matlamat sebenar Gates adalah hendak mengawal seluruh penduduk bumi.


Semua ini dilakukan melalui microchip yang akan dimasukkan ke tubuh manusia. Kita mungkin tidak menyangka sama sekali hakikatnya teknologi tersebut sudahpun tersedia dihasilkan dan didanai oleh Yayasan Gates sendiri . Ia dilakukan sekumpulan penyelidik di MIT di mana tampalan jaruman halus (microneedle patches) digunakan untuk menghantar titik-titik quantum yang akan menvaksin sekaligus menyimpan segala data perubatan individu termasuk rekod vaksinasi di bawah lapisan kulit dan kemudian ianya boleh diakses menggunakan smartfon melalui cahaya infrared. Siapa yang akan miliki akses ke atas setiap maklumat tersebut dan apa yang boleh dilakukan oleh mereka nanti?


Dr. Glen Nowak Pengarah Komunikasi Program Imunisasi Kebangsaaan CDC pernah membentangkan pada 2004 ‘Resipi 7-langkah untuk menarik minat dan permintaan terhadap vaksin influenza dan lain-lain vaksin’ di National Influenza Vaccine Summit . Ini merupakan respon CDC terhadap pengilang vaksin influenza yang mengadu bahawa vaksin mereka tidak mendapat sambutan. Salah satu langkah yang diutarakan adalah dengan menggunakan media dimana media mencipta suasana panic dalam masyarakat akan bahaya Influenza. Dr Nowak sekarang berkerja di Task Force for Global Heatlh, sebuah NGO tajaan Bill & Melinda Gates Foundation yang mempunyai pejabat lapangan berpengkalan di Adis Ababa, Etopia (tempat asal Tedros, WHO).


Banyak pihak telah membongkar penipuan juga jenayah kemanusiaan yang dilakukan Gates. Antaranya Robert F. Kennedy Junior , David Icke , Andrew Maher , CorbettReport , Brian Shilhavy , Dr Ron Paul dan ramai lagi. Gates turut terima kecaman hebat dari seluruh dunia di media sosial peribadi miliknya atas jenayah kemanusiaan beliau . Bekas Menteri Kesihatan Indonesia, Dr. Siti Fadilah Supari juga bersuara mengingatkan kerajaan Indonesia agar berwaspada dan jangan sesekali menggunakan vaksin keluaran syarikat yang dilabur oleh Gates . Rakyat US juga pada 10 April 2020 turut membuat petisyen menggunakan platform White House ‘We The People’ untuk mengheret Yayasan Gates atas jenayah kemanusiaan dan salahlaku perubatan beliau selama ini.


Gates juga dibongkar sebagai cuba merasuah Dewan Rakyat Nigeria sebanyak USD10 juta untuk menerima program vaksinasi Covid beliau, walaupun vaksin tersebut belum lagi siap. Hal ini dibantah oleh pihak pembangkang Nigeria .


Sara Cunial, ahli Parlimen Kerajaan Itali dalam Parlimen mendesak Presiden mereka mengheret Bill Gates ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa atas jenayah kemanusiaan . Beliau menyabitkan Profesor Ricciardi (penasihat saintifik Menteri Kesihatan Italy), syarikat farmasi Sanofi dan GSK sebagai talibarut golongan Deep State (serangkaian individu yang mengawal dunia sekarang dengan cara sangat licik dan penuh helah).


Yayasan Gates adalah antara enam penyumbang dana kepada Poynter’s International Fact Checking Code of Principles (IFCN) iaitu pihak ketiga yang diberikan hak oleh Facebook untuk melaksanakan operasi ‘Facebook fact checkers’ , jadi kita harus faham setakat mana sebenarnya yang dikatakan ‘fakta palsu’ itu benar-benar palsu dan begitu juga sebaliknya.


Gates juga mempunyai rangkaian rakan-rakan yang berkelaku aneh, jijik dan jenayah termasuk pemuja syaitan, peminum darah kanak-kanak seperti Marina Abramovic dan pesalah jenayah seks dan pedofil iaitu Jeffrey Epstein, walaupun beliau menafikannya . Marina baru-baru ini telah muncul dalam iklan komersial Microsoft (Gates baru meletakkan jawatan sebagai lembaga pengarah pada pertengahan Mac 2020) sebagai model tunggal dan iklan tersebut dikecam teruk kerana mengangkat pemuja syaitan sehingga Microsoft akhirnya menarikbalik iklan tersebut.


Sumber:
13 Mei 2020. Coronavirus: Bill Gates calls for 10 more weeks of lockdown. http://www.npolitics.ml/2020/05/coronavirus-bill-gates-calls-for-10.html?m=1
28 Mei 2020. https://www.forbes.com/profile/bill-gates/?list=rtb/#774a196c689f
19 April 2020. Sifat dermawan, empati Bill Gates. https://www.sinarharian.com.my/article/79559/GLOBAL/Sifat-dermawan-empati-Bill-Gates?fbclid=IwAR2sMv4w-nLMC7G2boG88fpznY9UP58dY4D6OUPzmpY4qEZ0r8GzCZFURRQ
16 April 2020. Interview with Cheryl Chumley. Exposed: Bill Gates’ influence on WHO. Fox News. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10222874827442099&id=1319496199
5 Ogos 2018. Meet the world’s most powerful doctor: Bill Gates. https://www.politico.eu/article/bill-gates-who-most-powerful-doctor/
https://vaccineimpact.com/2020/who-is-controlling-the-u-s-response-to-covid19-the-white-house-or-bill-gates/
Eugenik adalah falsafah sosial yang terdiri daripada suatu kepercayaan memperbaiki mutu genetic populasi umat manusia melalui penyingkiran orang-orang berpenyakit dan cacat serta memperbanyakkan individu sihat fizikal badan.
15 Februari 2019. Bill Gates slip of the tongue. “producing childhood death”. https://www.youtube.com/watch?feature=youtu.be&v=poVtG9i2ddI&app=desktop
https://www.facebook.com/killuminatiray/posts/3027772540594366
28 April 2020. Bill Gates Worked To End Livestock Production, Pushed Lab Grown Meat.
https://www.activistpost.com/2020/04/bill-gates-worked-to-end-livestock-production-pushed-lab-grown-meat.html?utm_campaign=Echobox&utm_medium=Social&utm_source=Facebook#Echobox=1588090843 https://www.gatesfoundation.org/How-We-Work/Quick-Links/Grants-Database/Grants/2013/11/OPP1098099
https://patents.justia.com/patent/10130701 https://patents.justia.com/inventor/william-gates
24 Januari 2020. What we know about the Wuhan coronavirus and urgent plans to develop a vaccine . World Economic Forum. https://www.weforum.org/agenda/2020/01/wuhan-coronavirus-china-cepi-vaccine-davos/
16 Mac 2020. The Forbes. https://www.forbes.com/sites/martaorosz/2020/03/16/these-are-the-billionaire-investors-behind-german-drugmakers-developing-a-coronavirus-vaccine/#680ca0911fb8
13 April 2020. WATCH Bill Gates SMILE As he Reveals How Many People His Work Could Affect Worldwide. https://www.youtube.com/watch?v=xbbrS8LeSX4&feature=share&fbclid=IwAR1vmiPeoVR2FJZzAqh7B-26D_9kPbukrpZNxJf3m1hJNE8HALuNcdciKb8
Tseng et al. (2012). Immunization With SARS Coronavirus Vaccines Leads to Pulmonary Immunopathology on Challenge With the SARS Virus. 7(4). https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/22536382/
11 April 2020. Robert F Kennedy Junior. Why Bill Gates wants indemnity?. https://www.instagram.com/p/B-0oMy3HPyj/
8 April 2020. Gates on the Covid-19 vaccine: “You Don’t Have A Choice”. Financial Times. https://www.youtube.com/watch?list=PLIER4G68CnjDwTiADDMBwVKLAyqxhx7al&v=xUChdrL6Cd8&feature=share&app=desktop
1 Mei 2020. Bill Gates: Coronavirus vaccine might become part of routine newborn immunization. https://bgr.com/2020/05/01/coronavirus-vaccine-bill-gates-explains-progress-and-timeline/amp/
19 Mac 2020. Bill Gates: Coronavirus Means We Need ‘Digital Certificates’ To Prove Who Received Vaccine. https://newspunch.com/bill-gates-coronavirus-means-need-digital-certificates-prove-who-received-vaccine/
18 Mac 2020. Bill Gates Calls For National Tracking System For Coronavirus During Reddit AMA. https://www.forbes.com/sites/mattperez/2020/03/18/bill-gates-calls-for-national-tracking-system-for-coronavirus-during-reddit-ama/#47577746a72f
18 Disember 2019. Storing medical information below the skin’s surface. https://news.mit.edu/2019/storing-vaccine-history-skin-1218
26 Mac 2014. Don’t Believe Everything You Read About Flu Deaths. https://www.huffingtonpost.ca/lawrence-solomon/death-by-influenza_b_4661442.html; 24 Oct 2004. Vaccine fevers. https://cpi.probeinternational.org/2004/10/24/vaccine-fevers/ c
24 April 2020. Bobby Kennedy Jr. Claims Dr. Fauci and Gates Foundation Will Make Billions on Coronavirus Vaccine. https://www.thegatewaypundit.com/2020/04/bobby-kennedy-jr-claims-dr-fauci-gates-foundation-will-make-billions-coronavirus-vaccine/
17 April 2020. David Icke Interview: Bill Gates, Elon Musk & Soros Are Frontmen For The Top of the Pyramid. https://www.youtube.com/watch?time_continue=13&v=F3zKaZlKaDY&feature=emb_logo
COVID-19: Bill Gates Continues to Misrepresent Science and the Coronavirus. https://21stcenturywire.com/2020/04/18/covid-bill-gates/
1 Mei 2020. How Bill Gates Monopolized Global Health. https://www.youtube.com/watch?v=wQSYdAX_9JY&feature=share&app=desktop
29 Mei 2020. Who is Controlling the U.S. Response to COVID19: The White House or Bill Gates?. https://vaccineimpact.com/2020/who-is-controlling-the-u-s-response-to-covid19-the-white-house-or-bill-gates/
16 April 2020. Dr. Ron Paul Interview: Bill Gates & Tony Fauci Are Determined To Run The World by Vaccines. https://www.activistpost.com/2020/04/dr-ron-paul-interview-bill-gates-tony-fauci-are-determined-to-run-the-world-by-vaccines.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+ActivistPost+%28Activist+Post%29
5 April 2020. Bill Gates Instagram. https://www.instagram.com/p/B-moNMAAK49/?igshid=1vs1w44m0fxp4
19 April 2020. Vaksin Bill Gates Jangan Digunakan di Indonesia. Mengapa?. https://independensi.com/2020/04/19/vaksin-bill-gates-jangan-digunakan-di-indonesia-mengapa/
4 Mei 2020. Bill Gates offered House of Reps $10m bribe for speedy passage of compulsory vaccine bill – CUPP alleges. https://dailypost.ng/2020/05/04/bill-gate-offered-house-of-reps-10m-bribe-for-speedy-passage-of-compulsory-vaccine-bill-cupp-alleges/
.https://www.zambianobserver.com/w-h-o-offered-20million-bribe-to-poison-covid-19-cure-made-by-madagascar-president-andry-rajoelina-claims/
14 Mei 2020. Italian Government call for arrest of Bill Gates. https://www.youtube.com/watch?v=QnsYcsCjLWI&feature=youtu.be&app=desktop
https://thebulletin.org/2018/07/vaccine-causing-polio-in-africa-context-from-an-expert/
27 Disember 2016. George Soros And Bill Gates Funding Facebook’s Fact Checkers. https://newspunch.com/george-soros-bill-gates-facebooks-fact-checkers/
15 Oktober 2019. NYT: Bill Gates Repeatedly Met With Jeffrey Epstein. https://www.youtube.com/watch?v=WnKQ4tzg7ow&feature=share&app=desktop
Link post:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10222062752056181&id=1183287947

Please follow and like us:
Total Page Visits: 43 - Today Page Visits: 3