June 21, 2021

The Innovators

Buku lama yang baru dibeli lantaran jualan murah baru2 ini secara on-line untuk ‘dibrowse’ hujung minggu ini bagi menyahut seruan #stayathome terutamanya buku ‘The Innovators’.

Imbas sekali lalu, buku ini menyelongkar sejarah awal bagaimana komputer dan internet berkembang dan ‘bergabung’ membentuk revolusi digital sehingga 2014, tahun buku ini diterbitkan.

Penulis yang juga pengarang kepada buku biografi Steve Job ( Co-founder of Apple Inc ), menyimpulkan bahawa proses inovasi bukan sekadar melibatkan genius individu, tetapi juga kemampuan kerja berpasukan terpimpin yang saling berganding bahu serta punyai semangat dan visi yang sama, daripada pelbagai bidang kemahiran walaupun terdapat saling percanggahan. People are more collaborative and innovative when they’re together.

Kolaborasi juga berlaku menerusi perluasan serta perkongsian idea dari generasi sebelumnya, The best innovators were those who understood the trajectory of technological change and took the baton from the innovators who preceed them. Bagi membentuk dan menggerakkan pasukan, sokongan kewangan dan penyelarasan pihak kerajaan masih diperlukan.

Termasuk juga kolaborasi dikalangan pusat2 penyelidikan syarikat swasta sama ada penghasilan yang bermotifkan keuntungan atau untuk kegunaan umum seperti Wikipedia dan perisian sumber terbuka.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 161 - Today Page Visits: 1