June 21, 2021

Mengenangi Beberapa Kematian

3 Jun 2020 : Tak pasti nama sebenarnya, tetapi terkejut apabila menerima berita kematian Abe Jak pada 3 Jun lalu. Allahuakbar.. khabarnya kerana COVID-19. Walaupun nampak macam low ptofil, tetapi beliau seorang yang gigih serta istiqamah dalam Jemaah, mempunyai pengaruh tersendiri sama ada peringkat orang tua2 atau remaja.

Terasa sudah semakin kurang orang2 tua atau veteran yang dikenali apabila kembali ke Kg Air Tawar, Besut, Terengganu. Semoga Allah menerima ibadah, perjuangan dan amal kebajikan beliau, diampuni dosa dan dicucuri rahmat ke atas rohnya serat ditempatkan di kalangan para syuhada’

1 Jun 2021 : Selepas graduate, tidak pernah jumpa Sdra Suarni Sumarmo sehinggalah tetiba ketemu di Connecticut, USA sekitar Jun 1995. Sempat di bawa jalan2 sekitar Connecticut, khususnya ke masjid2 untuk solat Jumaat dan University of Hartford di mana beliau buat MBA ( kalau tidak silap ). Kekira beliau adalah ‘rakan seperjuangan’ masa belajar di Pusat Pengajian Kuantitatif UKM dulu, sama ada dalam xtvt persatuan dan politik kampus. Kemudian ada beberapa kali jumpa dalam seminar khusus berkaitan pengurusan dan ICT.

Sehinggalah Sabtu lepas 28 May 2021, mendapat berita beliau telah kembali ke rahmatullah akibat COVID-19 pada usia 57 tahun. Beliau sebelum ini telahpun pecen sebagai Timbalan Ketua Pengarah, Lembaga Getah Malaysia. Semoga Allah mengampuni dosa2 arwah, diterima ibadah dan amal kebajikan dan mencucuri rahmat ke atas rohnya serta di tempatkan dikalangan para solihin dan syuhada’.

30 Mei 2021 : Mufti Perak, Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Hj. Harussani bin Hj. Zakaria dilaporkan meninggal dunia pada 30 Mei pada jam 3petang di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh akibat COVID-19 ketika berusia 82 tahun. Tidak berpeluanglah orang ramai memberikan penghormatan terakhir buatnya, lagipun PKP.

Teringat juga pernah bersama dalam satu majlis Forum Maulidur Rasul dengan beliau pada Mei 2005 di Surau Al-Hidayah Saujana Utama yang segaja dijemput lantaran ketegasan beliau dalam isu-isu yang melibatkan agama Islam ini, sama ada dalam kalangan sahabat handai, para penyokong, mahupun mereka yang tidak sependapat dengan beliau.

Sejarah telah merakamkan betapa lantangnya beliau ketika bercakap tentang isu murtad, poco-poco, Majlis Perundingan Antara Agama, yoga, penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang bukan Islam, kerajaan perpaduan (UMNO-PAS) dan demonstrasi jalanan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya serta dikurniakan Allah bersama dengan para Nabi, Rasul, siddiqin, syuhada’ dan orang-orang soleh

29 Mai 2021 : Hari ini genaplah 48 tahun seorang seniman agung dalam dunia Melayu, Allahyarham Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh atau Tan Sri P.Ramlee kembali menemui Maha Pencipta-Nya. Patutla sejak dua menjak ni beberapa saluran TV asyik siarkan filem2 beliau. Tarikh 29 Mei 1973 tu saya masih sek rendah darjah 3 dan tak kenal sangat P.Ramlee. Lagipun takde TV lagi masa tu kat kampung. Apa cerita beliau yang ‘best sekali’ ? Pilihan saya ‘Pendekar Bujang Lapuk’ …

Please follow and like us:
Total Page Visits: 83 - Today Page Visits: 10