June 21, 2021

‘Ustaz Ini Tiada Apa-apa Kelebihan Pun’

‘Ustaz ini tiada apa-apa kelebihan pun’ – Suhaimi Saad

Suhaimi Saad
Suhaimi Saad

Ridzuan Abdul Rahman

mohamadridzuan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Bekas anggota kumpulan InTeam, Suhaimi Saad, 41, tidak mahu lagi menjadi penyanyi nasyid serta tidak mahu orang memanggilnya ustaz kerana ia gelaran yang tidak memberi apa-apa makna.

Suhaimi berkata, berdasarkan pengalamannya selama 21 tahun berada dalam industri seni, dia bertemu dengan pelbagai ragam manusia.

“Hakikatnya semua manusia sama. Apapun gelaran atau genre yang kita bawa, itu tidak akan memberi kelebihan pada kita sama ada di dunia mahupun akhirat.

“Ia kerana Allah tidak menilai seseorang berdasarkan gelaran atau jenis muzik yang kita bawakan. Jika niat baik, senikata dan cara penyampaiannya, maka baiklah balasan yang akan kita terima.

“Sebaliknya kita tidak akan pernah menjadi maksum hanya kerana kita membawakan lagu-lagu nasyid dan ketuhanan atau hanya dengan meletakkan gelaran ustaz di awal nama kita,” katanya kepada Harian Metro.https://e895914c30af1bc0af2e5f6e44120e73.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html

Suhaimi berkata, ustaz hari ini tidak lagi seperti ustaz dahulu.

“Sekarang kita ada macam-macam ustaz antaranya ustaz segera ,ustaz kaki perempuan, ustaz mencabul, ustaz tipu duit umrah dan pelbagai jenis ustaz lagi.

“Apakah kita harus bangga dengan gelaran ustaz? Dulu ustaz adalah satu gelaran yang sangat terhormat dan mulia di mata masyarakat,” katanya.

Menurutnya, yang paling utama bukan gelaran sebaliknya akhlak dan amalan yang dibuat. Itu yang perlu sama-sama kita rebut, usaha dan buktikan,” katanya.

Terdahulu, Suhaimi menerusi Instagram mengumumkan dia ‘meletak jawatan’ sebagai penyanyi nasyid.

Katanya, dia tidak mahu lagi disapa ustaz sebaliknya lebih selesa menggunakan nama biasa.

“Saya letak jawatan sebagai penyanyi nasyid, Tak perlu panggil ustaz, panggil SS (Suhaimi Saad) atau Mie saja. Siapa degil SS akan kompaun dan block (sekat),” tulisnya di Instagram.

Ketika bersama Inteam sejak tahun 2000, mereka menghasilkan enam album sebelum Suhaimi mengambil keputusan berundur dan bergerak sendiri.

Dia kemudian menubuhkan syarikat pengurusan sendiri, Karya Mosus dan menerbitkan album solo pertama berjudul Kias Cinta pada 2006.

Dua tahun kemudian dia yang aktif dalam penghasilan lagu muncul dengan album berjudul Kalamak disusuli album Zikir Selawat dan Doa (2013) dan Maksud Hidup (2016).

Suhaimi juga pernah merakamkan album bersama isterinya, Ina Naim dan empat anak mereka berjudul Bismillah.

Suhaimi pernah berdepan pelbagai kontroversi bermula dengan perdebatannya mengenai bentuk bumi hingga kelantangannya menegur artis lain

Dipetik dari : https://www.hmetro.com.my/rap/2021/06/713949/ustaz-ini-tiada-apa-apa-kelebihan-pun-suhaimi-saad

Please follow and like us:
Total Page Visits: 117 - Today Page Visits: 5