June 21, 2021

Lego Yang Berubah …

Siapa yang tidak kenal permainan Lego, permainan bongkah plastik kecil yang diperkenalkan sejak tahun 1960an. Walaupun popular, penghujung 1990an Lego mengalami kemelesetan dan hampir bangkrup sekitar 2003-2004 sehingga memaksa mereka melakukan pelbagai perubahan dan inovasi untuk survive.

Muncullah kemudian taman tema Lego serta produk baru Lego berkarakter superhero seperti Star Wars, Superman, Spiderman dan Ironman. Mereka juga melaksanakan perubahan organisasi serta transformasi dalam kajian pelanggan dan rangkaian pembekalan. Lego adalah contoh bagaimana mereka perlu berubah untuk kekal relevan.

Kini terdapat rancangan reality TV Lego, siri karton Lego TV, filem berasaskan karakter Lego dan blok berasaskan manumen atau bangunan termasyhur dunia. Walaupun kini merupakan syarikat permainan No 1 dunia, namun Lego tetap berhadapan dengan persaingan daripada jenama pengeluar China yang menawarkan harga yang lebih murah. Apa pula perancangan Lego seterusnya ?

Siap. Bak kata pepatah, sehari selembar benang akhirnya ditenun menjadi kain juga. Begitulah, sikit2 lama2 menjadi bukit. Yang penting kena teliti dan bersabar serta mengikut panduan yang disediakan.

Agaknya begitulah pembinaan bangunan 88 tingkat Petronas Twin Towers yang mula dibina Mac 1993 serta pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia antara tahun 1996 hingga 2004 sebelum diatasi oleh Burj khalifa dan Taipei 101. Tapi katanya dulu diberikan pembinaan 1 tower untuk kontraktor Jepun, 1 tower lagi Korea. Mereka lawan siapa siap dulu … keputusannya ?

Please follow and like us:
Total Page Visits: 44 - Today Page Visits: 2