Catatan Zulhijjah – Pahala Umrah Haji

1. Masjid Quba adalah masjid pertama yang didirikan Rasulullah s.a.w, saat baginda hijrah dari Mekah ke Madinah, yang terletak tiga kilometer dari Masjid Nabawi. Rasulullah s.a.w tinggal di perkampungan Quba selama beberapa hari, bersama2 membangunkan masjid sambil menunggu kedatangan rombongan Ali bin Abi Thalib r.a dari Mekah.
2. Masjid Quba disebutkan juga dalam Al-Quran sebagai masjid yang dibangunkan atas dasar taqwa. Ini juga adalah langkah awal, mendirikan masjid sebagai pusat perjuangan dan dakwah. Pada hari ini masjid ini kelihatan sangat cantik, bersih dengan konsep warna putih.
3. Walaupun setelah mendirikan Masjid Nabawi, Rasulullah sering berkunjung ke masjid ini yang dianggap mempunyai keistimewaan tersendiri selain Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Aqsa. Terdapat hadis yang menyebutkan bahawa, “Barang siapa bersuci di rumahnya lalu datang ke Masjid Quba, lalu dia mendirikan shalat di sana, maka dia mendapatkan pahala umrah.” (H.R Ibnu Majah dan An-Nasai).
4. Nampaknya ada cara atau amalan lain untuk mendapatkan ganjaran pahala umpama pahala umrah. Maklumlah zaman2 pandemik COVID19, dihadkan perjalanan untuk Umrah dan Haji yang turut memerlukan ongkos untuk ke sana.
5. Sebenarnya ada banyak amalan yang diganjari dengan pahala haji dan umrah ini. Antaranya hadis dari Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang solat subuh berjemaah, kemudian tetap duduk di masjid ( berdzikir mengingat Allah s.w.t ) sehingga terbit matahari, kemudian solat dua rakaat ( solat sunat Isyra’), maka dia mendapat pahala haji dan umrah, sempurna, sempurna dan sempurna.” ( H.R. At-Tirmidzi dan dinilai hasan oleh Al-Albani ) Berzikir mengingati Allah s.w.t boleh bermaksud membaca al-quran atau mengikuti kuliah suboh di masjid selain wirid dan zikir.
6. Ada lagi beberapa amalan ‘mudah dan mampu’ dilakukan seperti berikut :
* Menghadiri Halaqah Atau Majlis Ilmu Di Masjid
* Membaca Tasbih (Subhanallah), Tahmid (Alhamdulillah) dan Takbir (Allahu Akbar) selepas solat
* Berbakti kepada kedua ibubapa
* Menolong orang lain yang sedang dalam kesusahan
* Kesabaran seorang isteri
Cerita lanjut di https://hassanmasrom.com/?p=115