Catatan Zulhijjah – Mampu Korban

1. Teringat dua tahun lepas, mengikuti rombongan Ziarah Korban di Pursat, Kemboja bersama2 Group Yayasan Ar-Raudhah. Namun agak sedih juga kerana tidak dapat mengulangi lagi ke sana disebabkan pandemik COVID19, sedangkan khabarnya di sana tiada istilah COVID19 pun. Memasing bergerak seperti biasa.

2. Mengapa sampai melaksanakan korban di luar negara ? Apakah di Malaysia sudah ‘settle’, terutama tahun ini di mana permintaan lembu korban tempatan pun jauh berkurangan. Barangkali akibat yang berkait dengan PKP dan COVID19. Ada negeri yang melarang langsung dan ada yang membenarkan dalam keadaan tertentu.
3. Mungkin benar bahawa korban dalam negara lebih afdhal. Namun jika kita bandingkan harga penyertaan korban di luar negara dengan korban tempatan, mengapa di luar negara umumnya jauh lebih murah sehingga ada yang mencapai separuh harga !!
4. Tidak kiralah di luar negara atau dalam negara, ikut kemampuan memasing kerana Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Barangsiapa yang diberikan kemudahan sehingga mampu untuk berkorban, tetapi tidak mahu berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami (masjid).” (H.R Ibnu Majah ). Nah, siapakah yang dikatakan orang yang mampu melakukan ibadah korban ? Apa pula hukum orang mampu tetapi tidak mahu melaksanakan ibadah korban sehingga Rasulullah s.a.w melarangnya datang ke masjid ?
5. Tidak mahu panjangkan cerita daripada segi hukum. Boleh tanya2kanlah kepada Ustaz atau alim ulama. Cukuplah bagi seorang muslim untuk melaksanakan korban bagi mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Mampu tidak mampu, tepuk dada tanya iman. Kalau mampu melancong ke sana sini, negara sana negara sini, bergaya dengan smartphone yang mahal lebih daripada harga seekor lembu tu, tak kan tak mampu korban sebahagian lembu, setahun sekali lagi pun ?