Catatan Zulhijjah – Bergambar @ Al-Haram

1. Sehingga 2017, rasanya jemaah atau para pengunjung Masjidil Haram tidak dibenarkan membawa kamera serta mengambil gambar dalam kompleks Masjidil Haram. Namun kalau nak amik gambar pun kena sorok2 menggunakan kamera kompak atau smartphone sahaja.
2. Sekiranya ketahuan dengan peguatkuasa masjid, kamera akan dirampas. Malah bagi Jemaah Wanita pula pemeriksaan dibuat sehingga dalam bag yang dibawa. Jika ada smartphone, kena ditinggalkan di suatu tempat khusus dan ambil semula selepas solat atau nak keluar dari masjid. Pengalaman masa mengerjakan haji 2009, pernah kamera saya kena rampas. Jenuh nak pujuk minta dikembalikan. Masa umrah 2011, sempat ‘lari’ dari dikejar penguatkuasa.

3. Itulah, jemaah tidak serik2 mengambil gambar merakamkan kenangan berada di Masjidil Haram. Mungkin trend kini dengan pelbagai gaya swafoto dan live update menerusi aplikasi media sosial hingga menimbulkan persoalan tujuan gambar diambil. Tindakan tersebut bukan sahaja boleh menimbulkan riak pada seseorang, tetapi boleh mengganggu, menjejaskan ketenangan dan tumpuan jemaah lain serta mengganggu perjalanan ibadah jemaah lain terutama ketika waktu sesak seperti melakukan tawaf. Bukankah tindakan tersebut boleh juga membuatkan jemaah lupa terhadap niat utama untuk beribadah kepada Allah, bukan untuk menunjuk2 kepada follower.
4. Khabarnya selepas 2018, tiada larangan nak berswafoto dan bergambar dalam Masjidil Haram. Agaknya dah tidak larat pengawal keselamatan nak membuat penguatkuasaaan. Amat sukar untuk melarang jemaah bergambar kerana ketika ini telefon bimbit lengkap berkamera umpama keperluan dan kemestian kepada sesiapa saja untuk dibawa ke mana2.
5. Bagaimanapun, jemaah seharusnya memastikan setiap perlakuan mereka terutama apabila bergambar ramai dan berswafoto tidak menjejaskan konsentrasi jemaah lain atau mereka hilang fokus pada ibadat serta tidak menganggu perasaan jemaah lain termasuk bersenda gurau dalam beribadah.
6. Namun awas dalam melaksanakan tawaf wada’ atau tawaf selamat tinggal. Mungkin dibolehkan bergambar atau mengambil gambar dalam kadar yang cepat sebaik selesai tawaf, kerana mengambil gambar-gambar dengan pelbagai gaya serta lokasi dan boleh membatalkan tawaf wida.
7. Pada dasarnya kita disuruh meninggalkan Mekah sejurus selepas mengerjakan tawaf wada‘. Tindakan mengambil gambar selepas tawaf wada tiada kaitan dengan urusan ibadat dan dianggap melengahkan perjalanan pulang. Maka wajib ke atasnya mengulang semula tawaf wada‘nya sebelum dia keluar meninggalkan kota Mekah. Jika tidak …???