October 3, 2022

Teringat Taj Mahal

Masa dibangku sekolah menengah, sering berangan nak sampai ke Taj Mahal, lansung ke Kashmir yang dikatakan seindah syurga. Teringin juga nak kesana, tetapi rasa macam takut2 je berdasarkan berita2 pergolakan di India sana. Namun jutaan pelancong datang ke Agra, India semata-mata mahu melihat satu binaan yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia yang perlu dilindungi serta menjadi sebagai salah satu daripada 7 benda ajaib di dunia.

Keunikannya dapat dilihat daripada bumbung, kubah dan menara yang diperbuat daripada marmar putih. Malah dikatakan warnanya berubah mengikut pantulan cahaya bagi mengambarkan suasana hati seorang wanita atau lebih spesifiknya suasana hati Mumtaz Mahal yang menjadi dorongan kepada pembinaannya.

Taj Mahal dibina oleh Maharaja Dinasti Mughal iaitu Shah Jahan atas kesedihan apabila isterinya yang ke-3, Mumtaz Mahal, meninggal semasa melahirkan anak mereka yang ke-14. Pembinaan Taj Mahal bermula pada tahun 1632 berinspirasikan kisah cinta mereka. Di mana pula diabadikan kisah cinta dengan isteri2nya yang lain ? Kompleks Taj Mahal dikatakan siap pada 1648 dan apabila Shah Jahan meninggal, dia disemadikan bersebelahan makam isterinya dalam Taj Mahal

Taj Mahal menggabung dan mengembangkan reka bentuk tradisi seni bina Persia dan seni bina Mughal awal. Pembinaannya turut melibatkan kira2 20,000 orang pekerja yang terdiri daripada tukang batu, tukang emas, dan pengukir yang termasyhur dari seluruh dunia ketika itu. Bahan binaan dibawa dari seluruh Asia dengan menggunakan ribuan gajah. Malah ayat daripada al Quran khat thuluth menjadi hiasan utama Taj Mahal, termasuk ukiran Asmaulhusna dikeliling makam.

Masa berlalu, Taj Mahal mengalami pelbagai pembaikan, kesan pemberontakan, penjajahan dan peperangan dalam memelihara bentuk serta strukturnya dibuat semirip mungkin dengan asal. Ada kisah menyatakan apabila siap, arkiteknya dibunuh manakala tangan pekerjanya dipotong, supaya tiada seumpamanya di dunia ini. Namun tidak dapat dibuktikan kebenarannya.

Apapun, start menabung, ada rezeki sampailah ke sana.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 943 - Today Page Visits: 2