October 3, 2022

Menara Babel

1. Alhamdulillah siap juga akhirnya setelah menghadapi ‘pelbagai cabaran’ membangunkan model Lego Burj Khalifa. Pada ketika ini Burj Khalifa adalah bangunan tertinggi di dunia dengan ketinggian 828m (2,717kaki). Mula dibina pada September 2004 dan siap pada Oktober 2009 serta dibuka secara rasmi pada Januari 2010. Kos pembinaan menara ini dianggar berjumlah USD$1.5 Billion.

2. Namun rekod ketinggiannya bakal diatasi oleh beberapa bangunan yang dikatakan sedang dalam perancangan dan pembinaan. Tetapi apakah bangunan tersebut merupakan antara bangunan tertinggi pernah dibangunkan manusia di atas muka bumi ini ?

3. Firaun pernah berkata, “Hai Haman, buatkanlah bagiku sebuah bangunan yang tinggi supaya aku sampai ke pintu-pintu, (iaitu) pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa dan sesungguhnya aku memandangnya seorang pendusta.” (Surah Al-Mu’min : 36)

4. Firaun berkata lagi, “Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahwa dia termasuk orang-orang pendusta”(Surah Al-Qashash : 38)

5. Apakah bangunan yang dimaksud Firaun benar-benar pernah dibina oleh Haman ? Sekiranya dibina, berapa pula ketinggiannya sehingga barangkali mampu mencecah awan dan menembusi langit untuk membolehkan Firaun naik dan dapat ‘mencari’ Allah? Terdapat beberapa kisah menyebutkan bahawa ia merujuk kepada bangunan yang dinamakan Menara Babel (Tower Of Babel) dan dikatakan hingga tiga kali lebih tinggi daripada Burj Khalifa !!!

6. Namun ada juga yang menyebutkan Menara Babel dibina oleh Raja Namrud yang juga bertindak sebagai arkiteknya. Raja Namrud telah dianugerahi dengan daya intelektual yang tinggi dan menjadi ahli dalam berbagai bidang seperti seni merekabentuk, matematik dan ilmu falak.

7. Dikatakan juga Raja Namrud naik sehingga ke atas bangunan dan menghalakan anak panahnya ke arah langit. Anak panah menusuk langit lalu jatuh. Terdapat kesan seolah-olah darah pada anak panah. Namrud sangat gembira dan menyangka bahawa dia sudah berjaya memanah dan membunuh Tuhan serta mengatakan dirinya paling berkuasa.

8. Namun satu peristiwa yang dikatakan penting semasa pembinaan Menara Babel, iaitu semua manusia yang pada waktu itu bertutur dalam satu bahasa sahaja ( iaitu Bahasa Suriyani ). Tiba-tiba Allah telah mempelbagaikan bahasa-bahasa manusia sehingga mereka tidak memahami pertuturan diantara satu sama lain, bertempiaran ke merata dunia dan kerja-kerja pembinaan menara tersebut tidak dapat diselesaikan.

Waullahualam …

Please follow and like us:
Total Page Visits: 1441 - Today Page Visits: 4