Kenangan Di Pulau Kapas

Sedang aku menyandar berehat atas kursi di beranda chalet sambil menghirup udara segar pantai Pulau Kapas yangdisertai dengan bunyi aluan ombak memukuk pantai, tetiba aku dikejutkan dengan deruan sebuah kereta yang berhenti betul-betul di hadapan chalet penginapan yang aku sewa. Aku kehairan, bagaimana boleh ada kereta bergerak di atas Pulau Kapas ? Bukan ada jalan raya pun …

Kemudian kelihatan dua orang wanita keluar dari kereta tersebut dan menuju kepadaku. Salah seorang daripadanya bertanya, ‘Kenapa engkau duduk rumah aku ?”. Aku tambah kehairanan dan pelbagai persoalan bermain di kepalaku. Belum sempat aku membuka mulut untuk menjawab pertanyaan wanita tadi, tetiba aku dikejutkan dengan suara, ‘bangun … bangun, sudah suboh !!”. Nasib baik …

Dalam kesibukan satu negara merayakan Hari Sukan Negara pada 10 Oktober 2015 lalu dengan pelbagai aktiviti dan penganjuran acara kesukanan, aku dan famili lari daripada keserabutan jerebu yang melanda negara dengan berkelah di Pulau Kapas, Terengganu.

Pulau Kapas dikatakan antara pulau yang tercantik di Malaysia. Bukan yang paling cantik, cuma antara. Cumanya ianya agak murah kos kunjungannya berbanding dengan kebanyakan pulau lain di Pantai Timur.

Dengan berbantukan sebuah agensi pelancngan di Lembah Kelang, aku membuat tempahan. Ada offer sebenarnya sebab selepas 30 Oktober, kebanyakkan resort di Pulau Kapas, malah semua pulau di pantai timur akan ditutup untuk pelancongan kerna musim tengkujuh dijangka tiba.

Bertolak seawal 3 pagi, kami tiba di Jeti Marang jam 8 pagi. Setelah mengesahkan kehadiran kami serta perjalanan bot pertama, iaitu 9.30 pagi, kami mencari sarapan pagi dahulu. Terdapat juga kedai-kedai menjual menjual cenderamata di kawasan Jeti.

Jam 9.30 pagi kami bertolak menaikki bot laju ke Pulau Kapas. Malangnya perjalanan yang sepatutunya memakan masa 15-20 minit, tergendala apabila bot yang kami naikki mengalami tengah-tengah laut. Beberapa minit kemudian satu bot lain tiba dan kami menukar bot untuk meneruskan perjalanan.

Bot yang kami naikki kira agak besar, stabil dan diyakini keselamatannya walaupun tanpa memaki jaket keselamatan. Ini berbeza dengan pengalaman menaikki bot ke Pulau Perhentian.

Mendekati pulau aku semakin teruja dengan pemandangan serta airnya yang kelihatan sangat jernih. Namun suasana jerebu menyebabkan kebiruan langit dengan kepulan awal putih tidak dapat disaksikan. Bot kami kemudian berlabuh di sebuah jeti yang terdapat di tepi pantai Pulau Kapas.

Keadaan Resort
Resort penginapan kami rupanya terletak dekat dengan jeti tersebut. Setelah mendaftar kemudian check-in di dua buah chalet yang kami tempah. Chalet pun dekat je dengan pantai.

Chalet kami hanya mengandungi bilik tidur, bilik air serta verandah. Tiada wifi, tv serta peti sejuk. Yang ada cuma aircond selain katil dengan tilam bantal.

Pakej kami mengandungi 3 kali makan, iaitu makan tengahari, malan malam dan sarapan. Agak berbaloi sebab hidangan secara buffet dan lauk pauk pun kira pelbagai juga walaupun bukanlah mewah.

Catuan Bekalan Elektrik
Kami diberitahu resort penginapan kami baru bertukar pengurusan. Disebabkan ada urusan bayaran yang belum selesai, menyebabkan bekalan elektrik ke resort kami dicatu iaitu tiada bekalan dari jam 9pagi hingga 5 petang.

Bekalan elektrik daripada sistem solar-hybrid yang terdapat di sebelah resot penginapan kami sahaja. Tidak sangka juga, sistem tersebut berupaya membekalkan elektrik ke seluruh Pulau Kapas.

Aktiviti Snorkeling
Selepas solat dan makan tengahari kami pun turun ke tempat berkumpul yang dijanjikan untuk aktiviti snorkeling. Bukankah ini juga satu aktiviti sukan, tak peluh tetapi basah dengan air laut … hehehe.

Setelah diberikan life jacket dan peralatan snorkeling, kami menaikki bot kecil yang membawa kami ke suatu kawasan yang dikatakan sesuai untuk snorkeling.

Tempat itu dikatakan mempunyai pelbagai batu karang hidup serta ikan yang jinak. Kami juga membawa roti bagai umpan makanan kepada ikan-ikan.

Agak jauh juga dari resot kami, kekira 5 minit dengan peralanan bot. Tiba dilokasi tidak ramai yang sedang bersnorkeling di sana.

Kami diturunkan ditepi pantai dan diajarkan sedikit sebanyak penggunaan peralatan snorkeling.

Ikan Jinak
Dengan umpan roti yang dibawa, banyak ikan berkumpul dan kelihatan begitu jinak memakan roti berhampiran kita, tanpa rasa takut.

Terdapat pelbagai jenis ikan kecil-kecil, pelbagai warna dan kelihatan cantik-cantik. Tetapi tak tahulah apa nama ikan tersebut.

Seolah-olah kita boleh bermain-main dengan ikan-ikan tersebut.

Pelbagai Hidupan Batu Karang
Kemudian mulalah bersnorkeling melihat apa yang terdapat di dasar laut. Aku kira cuaca yang panas ketika itu membantu kami melihat pemandangan indah di dasar laut.

Walaupun tidaklah seindah di Mabul dan Kapalai, tapi keindahan pemandangan di Pulau Kapas tidaklah mengecewakan sangat. Batu-batu karang sama ada yang kelihatan seperti batu bata serta apa yang dipanggil ‘baru karang hidup’ banyak dilihat di dasar laut tersebut.

Ini ditambah dengan pelbagai hidupan lain seperti pelbagai jenis ikan yang pelbagai warna, termasuk landak laut dan cucumber sea.

Selepas kekira 1jam 30 minit, kami mulai keletihan dan kemudian kembali semula ke jeti.

Mandi Kolam
Balik dari snorkeling, kami sambung mandi di pantai berdekatan chalet kami. Saja nak rasa kelainan. Memang air Pulau kapas ini sangat jernih.

Namun pantainya tidaklah seputih kapas sebagaimana dikatakan, nama Pulau Kapas adalah kerana pasir pantainya yang memutih.

Kemudian kami mandi dikolam yang terdapat di resort kami. Sederhana sahaja saiznya, namun agak dalam juga di kawasan mandi orang dewasa.

Aktiviti Malam
Lepas makan malam, cuba nak jalan-jalan tepi pantai. Tetapi agak geap. Lagipun kami tak bawa lampu picit.

Terdapat beberapa buah kedai makan dan kedai runcit.Baranagan jualan agak terhad dan mereka sdang nak menghabiskan stok kerana hujung bulan oktober mereka nak tutup kedai juga sebagaimana tutupnya resort-resort lain.

Payah juga perniagaan di Pulau Kapas serta pulau-pulau lain di Pantai Tumir. Nivember hingga Februari mereka akan tutup dan tidak beroperasi. Boleh cover ke 8 bulan bisnes untuk cover 12 bulan atau setahun punya sewaan dan income. Apakah gaji pekerja juga selama 8 bulan setahun ?

Pemandangan Sekitar Pulau
Memang menarik pemandangan sekitr pulau. Cumanya jerebu yang melanda menjadi penghalang dalam menghasilkan pemandangan ciptaan Allah yang lebih menarik. Namun belang-belang perubahan warna permukaan air masih tetapi dapat dilihat.

Pulau Kapas terletak di laut Cina Selatan kira-kria 6 kilometer dari jeti Marang yang terletak lebih kurang 18 kilometer di Selatan, Kuala Terengganu. Pulau ini yang terletak dalam daerah Marang, negeri Terengganu. Ia merupakan antara pulau peranginan yang terletak paling dekat dengan tanah besar negeri Terengganu.

Terdapat berbagai lagenda mengenai pulau ini yang dipercayai oleh penduduk-penduduk tempatan. Kononnya pada suatu masa dahulu sepanjang pantai pulau ini pasirnya berwarna kuning. Sebuah kapal dagang membawa muatan kapas telah tenggelam berhampiran di situ. Semua muatan kapal hanyut dibawa ombak ke pantai pulau lalu mengubah warna pasirnya hingga menjadi putih. Sebab itulah pulau ini dinamakan Pulau Kapas.

Satu lagi lagenda mengatakan pada zaman dahulu sesiapa yang pergi ke pulau ini pasti akan mati dan pulau ini melambangkan kapas bagi mengapankan orang yang telah mati di sana. Terdapat juga cerita yang mengatakan pulau ini dinamakan Pulau Kapas kerana terdapat pokok kapas yang berbunga warna putih.

Pelbagai Chalet
Terdapat banyak chalet ditawarkan kepada pengunjung di Pulau ini. Rasanya semuanya terletak berdekatan dengan pantai.

Kelihatan juga banyak tinggalan gerai makan dan resort yang telah usang. Mungkin pengusaha di sini menghadapi pelbagai kesukaran menjalan operasi pelancungan Pulau Kapas.

Sepanjang kunjungan, tidaklah kelihatan ramai orang yang datang di pulau ini. Apakah sebab jerebu yang sedang melanda atau sibuk mengambil bahagian dalam Hari Sukan Negara ?

Please follow and like us:
Total Page Visits: 56 - Today Page Visits: 3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *