December 8, 2022

Pemilik FB Uthaya Sankar SB Hina Nabi Muhammad Dicekup

By Kumara Sabapatty – 11 April 2022

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 50 tahun telah ditahan selepas dipercayai memuatnaik hantaran berunsur penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW di Facebook. Suspek ditangkap dalam sebuah rumah di kawasan Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor pada 11 April 2022 lebih kurang jam 11.15 pagi bagi membantu siasatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Komisioner Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, hantaran tersebut telah dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook ‘Uthaya Sankar SB’ pada 7 April 2022 lalu.

Katanya, siasatan dimulakan dan sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan Undang-Undang (D5), JSJ Bukit Aman di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan di atas alasan agama suasana tidak harmoni atau perasaan permusuhan atau memudaratkan perpaduan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Tambah beliau, polis turut merampas seunit telefon bimbit jenama iphone XR beserta kad sim yang dipercayai telah digunakan suspek untuk memuat naik hantaran tersebut.

ADVERTISEMENT

WhatsApp-Image-2022-04-11-at-6
kenyatan yang dimuat naik suspek dalam akaun FB yang berbaur menghina Nabi Muhammad S.A.W sekaligus disiasat PDRMdan membawa kepada tangkapan hari ini.

Menurut beliau, permohonan reman akan dibuat ke atas suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dibuat esok. Katanya, siasatan masih diteruskan ke atas suspek dalam kes ini dan polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

“PDRM turut menasihatkan orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum.

“Orang ramai digesa agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara.

“Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” tegas beliau. – MalaysiaGazette

Dipetik dari : https://malaysiagazette.com/2022/04/11/pemilik-fb-uthaya-sankar-sb-hina-nabi-muhammad-dicekup/

Please follow and like us:
Total Page Visits: 699 - Today Page Visits: 1