Myjpj App: Aplikasi e-LKM e-LMM Digital Road Tax

Myjpj App: Aplikasi jpj e-LKM e-LMM Digital Road Tax Malaysia atau portal awam public.jpj.gov.my dah tidak perlu tampal roadtax jpj apps tahun 2023

Apa itu e-LKM? elkm jpj merupakan suatu paparan digital yang membenarkan pengguna mendapatkan Lesen Kenderaan Motor versi digital. Dengan adanya aplikasi ini, hal ini dapat memudahkan pengguna ke mana sahaja tanpa perlu melekatkan lesen kenderaan motor atau jpj roadtax di mana-mana bahagian depan cermin kenderaan. Pengguna boleh mengakses road tax jpj / cukai jalan digital mereka secara atas talian sahaja.
Paparan e-LKM ini boleh diakses oleh pengguna yang berdaftar menerusi portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara atas talian. Rajah di bawah ini nanti menunjukkan paparan aplikasi jpj e-LKM yang terdapat dalam portal JPJ.
Apa itu e-LLM? elmm jpj pula merupakan suatu paparan digital yang membenarkan pengguna mendapatkan Lesen Memandu Malaysia versi digital. Dengan adanya aplikasi road tax jpj ini, hal ini dapat memudahkan pengguna ke mana sahaja tanpa perlu membawa lesen memandu fizikal. Pengguna boleh mengakses lesen memandu mereka secara atas talian sahaja.
Paparan e-LLM ini boleh diakses oleh pengguna yang berdaftar menerusi portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara atas talian. Rajah di bawah ini juga menunjukkan paparan digital e-LLM yang terdapat dalam portal JPJ apps.
Cara Daftar Myjpj App: e-LKM E-LMM
Aplikasi MyJPJ merupakan aplikasi atas talian yang membenarkan pengguna jalan raya membuat semakan dan perkara-perkara berkaitan dengan jalan raya.
Aplikasi ini diwujudkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Berikut merupakan cara-cara untuk mendaftar MyJPJ;
- Pengguna hendaklah memuat turun aplikasi MyJPJ menerusi telefon bimbit pengguna.
- Buka aplikasi tersebut dan klik pada butang “Daftar Masuk”.
- Masukkan nombor kad pengenalan dan klik pada butang “Hantar”.
- Isi maklumat yang dikehendaki dengan lengkap dan betul serta klik pada butang “Hantar”.
- Isi soalan keselamatan dan tetapkan kata laluan serta klik pada butang “Hantar”.
- Akhir sekali, pendaftaran pengguna berjaya.
Cara Login Aplikasi Jpj Roadtax MYjpj Apps
Setelah berjaya membuat pendaftaran akaun pengguna di MyJPJ, pengguna boleh mula log masuk ke akaun mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi telefon bimbit mereka.
Berikut merupakan cara-cara untuk log masuk ke akaun MyJPJ;
- Masukkan ID pengguna dan kata laluan yang sah.
- Klik pada butang “Log Masuk”.
- Akhir sekali, pengguna berjaya log masuk ke akaun MyJPJ mereka.
Cara Guna Digital Road Tax Malaysia Semasa Roadblock JPJ
Mengikut arus digitalilasi dan teknologi, roadtax kini boleh diakses secara digital secara atas talian.
Pengguna atau pemilik kenderaan boleh menunjukkan road tax jpj digital mereka menerusi aplikasi atau laman portal JPJ.
Pengguna perlu log masuk ke akaun MyJPJ mereka dan klik pada paparan digital e-LKM dan e-LLM.
Laman ini akan memaparkan lesen dan roadtax digital pengguna ketika berlakunya sekatan jalan raya oleh pihak JPJ.
Cara Daftar Portal Awam public.jpj.gov.my
Portal https://public.jpj.gov.my yang dikenali dengan portal mySIKAP boleh diakses secara atas talian oleh pengguna jalan raya.
Banyak kemudahan yang ditawarkan kepada pengguna menerusi aplikasi ini.
Berikut merupakan cara-cara untuk mendaftar di portal ini;

- Layari laman sesawang https://public.jpj.gov.my seperti pada Rajah di atas ini
- Masukkan butiran maklumat yang dikehendaki dengan betul dan lengkap.
- Klik pada butang “Teruskan”.
- Pengguna hendaklah semak dan sahkan maklumat yang diisi, klik pada butang “Teruskan”.
- Notifikasi berkenaan pendaftaran berjaya akan dipaparkan kepada pengguna.
- Akhir sekali, pengguna akan menerima ID pengguna dan kata laluan sementara melalui emel yang didaftarkan untuk tujuan log masuk kali pertama.
Cara Login Digital Road Tax Malaysia public.jpj.gov.my
Setelah berjaya membuat pendaftaran di portal MySIKAP. Pengguna boleh terus log masuk ke akaun pengguna yang telah didaftarkan.
Berikut merupakan cara-cara untuk log masuk ke akaun pengguna;
- Layari laman sesawang public.jpj.gov.my seperti pada Rajah di bawah ini
- Masukkan butiran maklumat yang dikehendaki.
- Akhir sekali, klik pada butang “Log Masuk”.
Punca dan Sebab Roadtax Tak Perlu Tampal
Pada 12 Februari 2023, Kerajaan telah mengumumkan pelekat roadtax tidak lagi wajib dipaparkan pada bahagian cermin hadapan kenderaan.
Sebelum ini, ianya wajib dipaparkan untuk menunjukkan pengguna jalan raya mempunyai cukai jalan (roadtax) dan sentiasa memperbaharui roadtax mereka.
Ianya bertujuan untuk mengelakkan pengguna jalan raya daripada disaman oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Namun, banyak aduan yang diterima daripada pemilik kenderaan tentang pelekat roadtax ini. Bahkan ianya juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada pemilik kenderaan.
Oleh itu, tidak perlu pamer cukai jalan disebabkan oleh bahan pelekat kenderaan yang kurang berkualiti menyebabkan ianya mudah terkoyak, tulisan pada pelekat tersebut senang pudar, gam pada pelekat tersebut tidak terlalu kuat dan mudah tertanggal jika terdedah kepada cahaya matahari serta pelekat tersebut memberi kesan gam kepada cermin kenderaan.
Terima kasih kerajaan kerana menetapkan roadtax tak perlu tampal kepada pengguna dan rakyat malaysia. TERBAIK dengan pelaksanaan my jpj app download ini!

Adakah Kena Saman Jika Tidak Tampal Pelekat & Sticker Roadtax
Bermula 10 Februari 2023, JPJ berkuatkuasa individu yang tidak menampal pelekat roadtax pada kenderaan mereka tidak akan disaman oleh pihak JPJ jika terdapatnya sekatan jalan raya.
Walaubagaimanapun, pengguna jalan raya mestilah menunjukkan roadtax digital menerusi aplikasi MyJPJ sebagai bukti pengguna mempunyai roadtax kenderaan.
Roadblock JPJ: Warga Emas Boleh Tampal Road Tax
Teknologi yang semakin canggih menyebabkan banyak perkara boleh diakses secara digital oleh pengguna. Ianya bertujuan untuk memudahkan semua pengguna tanpa mengira umur.
Walaubagaimanapun, ianya juga memberi impak kepada golongan yang buta IT terutamanya warga emas.
Bahkan, ianya boleh menyusahkan mereka serta pengguna jalan yang lain jika berlakunya sekatan jalan raya.
Oleh itu, pihak Kerajaan masih memberi pilihan dan kelonggaran kepada warga emas untuk melekatkan roadtax mereka serta membawa lesen memandu kenderaan secara fizikal.
Mereka tidak perlu membuat pendaftaran e-LKM dan e-LLM untuk mendapatkan lesen digital.
Mereka hanya perlu memaparkan dokumen tersebut seperti biasa tanpa perlu membuka telefon bimbit jika berlakunya sekatan jalan raya JPJ.
3 Cadangan Penambaikan Digital Road Tax Malaysia

Portal MyJPJ merupakan portal yang ditubuhkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan untuk memudahkan pengguna jalan raya di Malaysia membuat semakan dan perkhidmatan yang melibatkan jalan raya.
Antara kemudahan yang ditawarkan ialah bidaan nombor kenderaan, semakan nombor terkini, semakan lesen kenderaan, semakan lesen memandu, semakan saman jalan raya dan semakan senarai hitam oleh JPJ.
Kesemua ini boleh dilakukan secara atas talian. Walaubagaimanapun, portal awam JPJ ini perlu ditambahbaik untuk kegunaan dan keselesaan pengguna.
Berikut merupakan 3 idea yang boleh dipraktikkan untuk menambahbaik portal awam JPJ;
- Mewujudkan aplikasi jpj apps roadtax yang mesra pengguna yang boleh diakses oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur.
- Mewujudkan aplikasi cukai jalan digital yang boleh digunakan oleh semua jenis peranti.
- Mewujudkan aplikasi jpj roadtax digital yang boleh diakses walaupun ketiadaan jalur internet.
Kongsikan di Facebook, Telegram & Group Whatapps Kawan2 dan Family Anda!
Dipetik dari : https://mypt3.com/myjpj-roadtax